Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keldai ini disaman kerana makan kereta mewah berwarna oren yang disangkanya lobak merah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keldai ini disaman kerana makan kereta mewah berwarna oren yang disangkanya lobak merah

LAZIMNYA kes saman akan berlaku antara manusia dan jarang pula dikenakan terhadap haiwan, namun lelaki ini berjaya memenangi kes saman terhadap seekor keldai!

 

Keldai ini disaman kerana makan kereta mewah berwarna oren yang disangkanya lobak merah

Keldai ini disaman kerana makan kereta mewah berwarna oren yang disangkanya lobak merah

 

 

Lelaki Jerman itu memilik sebuah kereta mewah yang menarik perhatian seekor keldai sehingga kereta itu menjadi santapannya.

Pemilik kereta jenis McLaren Spider itu, Markus Zhan memfailkan saman kepada pemilik seekor keldai yang bernama Vitus apabila mendapati keldai tersebut telah ‘makan’ sebahagian kereta miliknya pada 15 September 2016.

Menurut laporan BBC, Zhan meletakkan kenderaan mewahnya itu di sebelah kandang kuda yang terletak di Vogelsberg, Hesse di Jerman.

 

Zhan menyatakan keldai tersebut telah ‘makan’ sebahagian belakang keretanya sehingga menyebabkan dia mengalami kerugian sebanyak £5800 (RM32,878).

Kerugian yang dialaminya itu termasuk kerosakan cat yang teruk sehingga menyebabkan karbon kereta itu pun terkena tempias gigitan keldai itu.

Pihak polis menyatakan kemungkinan keldai tersebut ‘makan’ kereta itu kerana ‘keliru’ dengan warna yang hampir sama dengan warna lobak merah.

Namun, Zhan turut dipersalahkan pemilik keldai kerana meletakkan keretanya di sebelah kandang kuda berkenaan. Dia juga seakan tidak boleh menerima kenyataan bahawa haiwan peliharaannya itu dipersalahkan.

Tetapi, Zhan telah memenangi kes tersebut. Walau bagaimanapun, dikhabarkan pemilik keldai berkenaan boleh membuat rayuan mengenai bayaran yang dikenakan kepadanya.

Dalam pada itu, pemilik keldai tersebut turut menyatakan yang ini bukanlah kali pertama keldai itu ‘makan’ kereta, kerana sebelum kes ini keldai tersebut terlebih dahulu ‘makan’ sebuah kereta berjenama Mercedes.

Kes yang dianggap pelik ini turut mendapat liputan meluas oleh media tempatan di sana.

Sumber: MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim



Sumber Keldai ini disaman kerana makan kereta mewah berwarna oren yang disangkanya lobak merah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fIfDy6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.