Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jelajah 2U2I TIC platform terbaik pelajar SPM fahami kehendak industri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jelajah 2U2I TIC platform terbaik pelajar SPM fahami kehendak industri

MANJUNG: Program Jelajah Kesedaran Industri-Universiti (2U2I) yang pertama kali diadakan hari ini, menerima sambutan cukup hangat daripada semua yang hadir, khususnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari sekitar daerah Manjung tahun ini.

Program yang diilhamkan dan dianjurkan oleh Taj International College (TAC) itu memulakan siri pertama dengan memilih Manjung sebagai lokasi pertama sebelum meneroka ke 11 daerah sepanjang dua minggu ia dilaksanakan.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, inisiatif murni yang dilaksanakan TIC itu merupakan peluang terbaik bagi para pelajar untuk mendedahkan diri dengan kemahuan industri sebaik menamatkan persekolahan kelak.

"Ambil platform ini dan gunakan sebaiknya, kerana apa yang dipelajari di bangku sekolah berbeza dengan dunia pekerjaan dan industri sebenar di luar sana," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena majlis jelajah itu di sini hari ini.

Lebih daripada 1,500 pelajar dan masyarakat setempat menyertai program yang dianjurkan bersesuaian dengan Pelan Tindakan Pengajian Tinggi (2012-2015) itu.

Ketua Pegawai Eksekutif TIC Tina Tajuddin berkata, program tersebut menyediakan pelbagai kursus kemahiran seperti seminar celik industri, bengkel personaliti psikometrik dan bengkel teknik menjawab kertas SPM Bahasa Melayu.

"Selain faktor jarak daripada pusat bandar, antara cabaran utama adalah masalah komunikasi serta tiada keyakinan dan personaliti yang menjadi kerunsingan graduan pada hari ini. Ia berdasarkan penyelidikan dilakukan pihak TIC.

“Program ini melibatkan warga sekolah, masyarakat, ibu bapa yang prihatin dengan isu pendidikan. Jadi, tujuan mengadakan siri jelajah ialah ingin mengurangkan kadar pengangguran melibatkan para graduan,” katanya.

Jelasnya lagi, program tersebut juga merupakan pendekatan kreatif bagi menyelesaikan isu pendidikan di kalangan golongan B40, atau masyarakat luar bandar, malah membantu supaya ibu bapa terlibat celik industri.

"Mereka akan menerima pelbagai persediaan dan kemahiran. Jadi, kebolehpasaran para graduan dan beberapa strategi telah diperkemas agar mereka sedia menerusi model 2U2I, iaitu dua universiti dan dua industri.

"Kesemua pelatih juga amat beruntung kerana dalam tempoh pengajian mereka dua tahun belajar di universiti, hanya setakat teori, dan dan kini kami salurkan dua tahun berbaki ke latihan industri serta ciri keusahawan," kata Tina.



Sumber Jelajah 2U2I TIC platform terbaik pelajar SPM fahami kehendak industri

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xSo7cp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.