Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar redah api selamatkan kawan-kawan dianugerah Pingat Hang Tuah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar redah api selamatkan kawan-kawan dianugerah Pingat Hang Tuah

BANGI: Pelajar sebuah sekolah tahfiz di Baling, Kedah, Mohamad Farid Iskandar Mohd Zulkarnain telah dianugerahkan Pingat Hang Tuah atas keberaniannya dalam tragedi kebakaran sekolahnya baru-baru ini.

Tindakannya yang sanggup meredah api yang marak, sehingga berjaya menyelamatkan enam rakannya yang lain, melayakkan pelajar berusia 12 tahun itu menerima penghargaan tersebut.

Ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 1:50 pagi 6 Ogos lalu, Mohamad Farid Iskandar terjaga daripada tidur dan melihat kepulan asap dari bilik asrama tingkat tiga bangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Wartabiyyatul Islamiah itu.

"Saya dengar bunyi bising, saya terjaga dan terus mengejutkan kawan-kawan saya. Kami cuba ambil tilam dan gunakan air untuk padamkan api, tetapi api semakin marak.

"Kami terus keluar, tetapi kawan saya bernama Hazwan jatuh tersungkur di tangga. Saya patah balik dan pimpin dia, dan kami mencari tempat selamat," kata anak sulung daripada dua beradik dari Sungai Petani, Kedah, itu.

Mohamad Farid Iskandar menerima trofi, sijil dan wang tunai RM5,000 yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Perasmian Bulan Kebajikan Negara 2017 di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi, hari ini.

Menurut ibunya, Murni Hayati Abdul Ghani, wang hadiah itu akan dikongsikan bersama pusat tahfiz tersebut dan rakan-rakan anaknya.

Anugerah Pingat Hang Tuah, diperkenalkan pada 1960, diberikan kepada tokoh kanak-kanak berdasarkan keberanian luar biasa mereka.



Sumber Pelajar redah api selamatkan kawan-kawan dianugerah Pingat Hang Tuah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x7aGkP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.