Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jane Perry kekang Nicol daripada raih gelaran kedua jelajah PSA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jane Perry kekang Nicol daripada raih gelaran kedua jelajah PSA

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David gagal dalam usahanya untuk meraih kejuaraan kedua Jelajah PSA selepas kecundang dalam perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Netsuite di Francisco, Amerika Syarikat pada Sabtu (awal pagi Ahad di Malaysia).

Pemain nombor lima dunia itu yang hanya meraih satu kejuaraan musim ini – Ciudad de Floridablanca di Colombia pada Mac – mempamerkan persembahan cemerlang mendahului 2-0 menentang Sarah-Jane Perry dari England sebelum akur 11-8, 11-8, 7-11, 12-14 dan 7-11 dalam pertarungan sengit yang berlangsung kira-kira 74 minit di Justin Herman Plaza, demikian menurut laman sesawang kejohanan http://ift.tt/2hCR6en

Kekalahan itu merupakan yang keempat berturut-turut Nicol di tangan pemain England berusia 27 tahun berkenaan menyusuli  pertemuan mereka di Final Siri Dunia PSA Dubai, Terbuka Britain dan Kejohanan  Beregu Dunia Wanita.

Malaysia tidak menghantar wakil untuk divisyen lelaki dalam kejohanan tahunan itu yang diadakan sejak 2011 sebelum divisyen wanita diperkenalkan pada  2015.

Nicol akan meneruskan usahanya memburu kejuaraan pada Kejohanan Skuasy Terbuka Amerika Syarikat yang dijadualkan dari 5 hingga 14 Okt ini di Drexel University, Philadelphia. 

-- BERNAMA



Sumber Jane Perry kekang Nicol daripada raih gelaran kedua jelajah PSA

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ke0oOO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.