Polis Tembak Lelaki Kurang Siuman Di Sungai Siput
SUNGAI SIPUT – Tindakan pantas dan berani sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput berjaya menangkap seorang lelaki kurang siuman di Kampung Muhibbah, di sini.
Dalam insiden kira-kira jam 5.16 petang itu, seorang lelaki berusia 43 tahun yang merupakan abang kepada lelaki kurang siuman itu patah tangan kiri akibat ditetak dengan parang.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Abd Fatah Abd Rahman mengesahkan laporan kejadian ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurutnya, anggota polis cuba memujuk lelaki berusia 40 tahun itu mengamuk dengan membawa sebilah parang dan berdiri di hadapan rumah abangnya.
“Anggota memaklumkan kepada saya lelaki tersebut berada di hadapan rumah abangnya di Kampung Muhibbah dan memegang sebilah parang panjang.
“Dimaklumkan juga lelaki tersebut telah menetak abangnya sebelum kehadiran polis. Akibat tetakan itu, abangnya mengalami kecederaan di tangan kiri,” katanya.
Tambah beliau, beberapa anggota di lokasi kejadian cuba memujuk lelaki tersebut namun tidak berhasil dan menyebabkan polis menembak lelaki itu dengan ‘taser gun’.
“Anggota telah memberi amaran kepada lelaki itu dengan tiga kali menyebut perkataan ‘taser’ tetapi amaran tersebut tidak dipedulikan.
“Lelaki itu kemudian bertindak menyerang anggota dan tembakan dilepaskan ke arahnya dalam jarak kira-kira lima meter.
“Lelaki itu mendapat sedikit kecederaan ringan akibat terjatuh selepas ditembak dan kemudiannya menerima rawatan di Hospital Sungai Siput,” katanya.
Ujarnya lagi, lelaki tersebut dirujuk dan dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk tindakan selanjutnya. – Sinar Harian
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fHpi8e
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment