MCA Sudah Mula Bangun Dari Tidur... Tahniah!
Tahniah diucapkan kepada kepimpinan MCA yang baru beberapa ketika ini saja kita dapat lihat mereka menghentam DAP.
Sebelum ini MCA seolah-olah diam 1000 bahasa jika ada isu melibatkan kepimpinan Kerajaan DAP di Pulau Pinang.
Sama juga dengan GERAKAN. Nampak kurang taring dan malas untuk menyerang musuh.
Kelibat beberapa hero dari UMNO Pulau Pinang sahaja terpacul untuk menyerang kerakusan kepimpinan Lim Guan Eng.
Satu lagi parti yang amat konsisten menyerang Setiausaha Agung DAP itu adalah Parti Cinta Malaysia atau PCM.
Lain-lain parti komponen Barisan Nasional nampaknya masih dibuai mimpi.
Tetapi baru beberapa ketika ini sahaja kita nampak MCA sudah tampil ke medan perang.
Ada kenyataan pedas dari beberapa pemimpin MCA untuk menyerang DAP.
Ini nampaknya suatu perkembangan yang bagus dan jika ia sederap berterusan bak gelombang, pasti DAP akan 'mati terduduk'.
Nak tengok DAP 'mati terduduk'? UMNO, PCM, MCA, GERAKAN, MIC, MyPPP dan beberapa NGO pro kerajaan harus mengembeling tenaga menceritakan perkara yang sebenar di Pulau Pinang. - KAKI PALU
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wsE9pU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment