RUU Profesion Kerja Sosial akan dibentang ke Kabinet -TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini, ia masih di peringkat semakan terakhir oleh Jabatan Peguam Negara.
"Rang Undang-Undang ini akan dibentang oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui kementeriannya," katanya, sambil menambah, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim akan membentangkannya.
"Ia akan dibawa ke Dewan Rakyat kemudian Dewan Negara sebelum ia diberi perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong," Ahmad Zahid memberitahu satu sidang media di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Bulan Kebajikan Negara 2017 yang julung kali diadakan di Pusat Latihan, Perindustrian dan Pemulihan Bangi.
Beliau berkata, RUU tersebut penting bagi persediaan negara menghadapi status negara tua menjelang tahun 2030."Malaysia akan memasuki kategori negara tua kerana 15 peratus penduduk akan berusia 60 tahun ke atas.
"Secara jangka panjang, kita perlu menyediakan pelan yang komprehensif melalui pendekatan penyelesaian masalah sosial.
"Kesiapsiagaan harus dilakukan dari sekarang kerana kita ada 12 tahun sahaja lagi," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata RUU itu mengambil sedikit masa sebelum dibentangkan ke Kabinet berikutan aspek teknikal dari segi perundangan.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan, satu sesi dialog akan diadakan di bawah arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh terdekat.
Jelasnya, ia bagi membincangkan dan mencari jalan penyelesaian menangani gejala sosial yang semakin membimbangkan.
"Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan ditugaskan sebagai sekretariat sesi dialog tersebut.
"Kalau boleh saya mahu sesi dialog diadakan dalam tempoh 45 hari dari sekarang, selewat-lewatnya," katanya.
Beliau juga berkata beberapa pendekatan boleh diambil dalam isu ini, termasuk pendekatan psikologi, saintifik dan juga agama.
Sumber RUU Profesion Kerja Sosial akan dibentang ke Kabinet -TPM
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xTWf7N
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment