Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pencuci kapal dihukum gantung bunuh ahli perniagaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pencuci kapal dihukum gantung bunuh ahli perniagaan

JOHOR BAHRU: Seorang pencuci kapal dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang ahli perniagaan dengan menikam dan membakar mayat mangsa, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap Izwanuddin Kasim, 37, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, di akhir pembelaan.

Dalam penghakimannya, Mohd Sofian berkata tertuduh merupakan individu yang sentiasa berada dengan si mati sejak dari awal hingga akhir iaitu daripada pertengkaran di kawasan rumah si mati dan kemudian di luar sebuah restoran, di sini dan kemudian berada di dalam kereta sehingga si mati dibunuh dan mayatnya dibakar di sebuah kebun kelapa sawit di Batu Pahat.

Beliau berkata, keterangan tertuduh ketika membela diri hanya bergantung kepada keterangan yang dikemukakan oleh seorang saksi pendakwaan yang sebelum itu, turut dituduh bersama-sama dengannya membunuh si mati.

"Walaupun tiada keterangan mana-mana saksi yang menyatakan tertuduh menikam mangsa, tetapi apa yang dilihat adalah keterangan mengikut keadaan iaitu di setiap lokasi kejadian dari Johor Bahru ke Batu Pahat, tertuduh berada bersama mangsa sepanjang masa.

"Selain itu, terdapat keterangan saksi yang menyatakan senjata buku lima yang mempunyai sebilah pisau lipat berada dalam pegangan tertuduh sepanjang kejadian sekali gus ia sepadan dengan keterangan pakar patalogi yang mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat tikaman di dada yang menembusi jantung oleh objek tajam," katanya.

Mohd Sofian berkata tertuduh juga dicamkan oleh saksi iaitu penjual petrol yang tertuduh ada membeli petrol daripadanya.

Izwanuddin bersama seorang lelaki warga Singapura, Noriskandar Zainal Yahya, didakwa membunuh Yong Boon Cheong, 54, di sepanjang Jalan Skudai, Danga Bay, Johor Bahru, antara 6 pagi dan 7 pagi, 4 Julai 2014.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, ketika perbicaraan yang bermula Mac 2015, pihak pendakwaan mengemukakan pertuduhan pindaan terhadap Noriskandar mengikut Seksyen 212 Kanun Keseksaan kerana membantu melupuskan mayat dan lelaki itu kemudian dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norafiah Saini manakala tertuduh diwakili peguam Nor Shahid Abd Malek dan Mohd Salihin.

Seramai 28 saksi dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu dan tertuduh dilihat menangis sejurus hukuman dijatuhi terhadapnya sebelum ditenangkan beberapa rakan.

-- BERNAMA



Sumber Pencuci kapal dihukum gantung bunuh ahli perniagaan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xTfVJ0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.