Huawei Mate 10 Pro Diperlihatkan Dalam Gambar Tertiris
Huawei bakal melancarkan telefon pintar terbaru mereka pada pertengahan Oktober ini, dan kini seperti biasa, pihak @evleaks telah berkongsi gambar pengolokkan untuk Huawei Mate 10 Pro.
Daripada gambar yang dikongsikan, ia memperlihatkan yang mana Huawei Mate 10 Pro hadir dengan dwi-kamera belakang menggunakan lensa Leica Summilux-H 1:1.6/27.
Pada bahagian hadapan pula, ia menawarkan rekaan nirbingkai, dan turut menyertakan sebuah logo dihadapan. Peranti ini turut dijangka menggunakan Kirin 970 yang hadir menggunakan rekaan 10nm.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai Huawei Mate 10 Pro dalam beberapa minggu lagi.
Huawei Mate 10 Pro http://pic.twitter.com/3RgjObXmw6
— Evan Blass (@evleaks) October 1, 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x7nwzF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment