Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peminat Tempatan Harap Formula 1 Kembali - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peminat Tempatan Harap Formula 1 Kembali

SEPANG – Selepas menganjurkan Kejohanan Formula 1 (F1) dunia selama 19 tahun, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada perlumbaan kereta yang paling dinanti-nantikan di dunia.

Kerajaan Malaysia dengan rasa berat hati mengumumkan pada April keputusan tidak lagi akan menganjurkan F1 disebabkan kos penganjurannya yang tinggi dan jumlah penonton yang merosot sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun, beberapa peminat masih berharap kerajaan akan mempertimbangkan untuk meletakkan semula Malaysia dalam kalender F1.

Seorang daripada mereka ialah ahli perniagaan K. Cerethar, 45, yang penuh yakin bahawa F1 akan kembali ke Sepang dalam masa beberapa tahun akan datang.

“saya dapat menyaksikan permintaan di kalangan peminat tempatan telah melonjak tahun ini berbanding beberapa tahun lepas kerana harga tiket lebih murah dan pemasaran oleh penganjur. Saya mendapati kira-kira 60 peratus peminat tempatan hadir di sini yang menunjukkan minat kepada sukan itu,” kata beliau kepada Bernama ketika ditemui di grandstand utama di sini.

“Saya adalah peminat tegar Lewis Hamilton dan pasukan Mercedes AMG Petronas. Saya suka menonton perlumbaan F1 kerana saya cintakan alam sekitar,” kata peminat kelahiran Gemas itu yang berharap Hamilton akan meraih gelaran keempat dunia.

S. Rajamohan, 42, juga berkongsi pandangan yang sama. Beliau telah menonton perlumbaan itu sebanyak 10 kali di Sepang, kali pertama semasa edisi sulung pada 1999.

“Saya akan berasa amat kehilangan apabila F1 tidak lagi diadakan. Bagi saya, F1 ialah mengenai kelajuan, bunyi deruman enjin yang menggegarkan dan keputusan yang sukar diramalkan, dan Sepang dikenali sebagai litar yang amat mencabar,” kata Rajamohan, yang terlibat dalam perniagaan buku dan alatulis.

Bagi Hilmi Kadir, beliau yang tidak pernah melepaskan peluang hadir menyaksikan pasukan kegemarannya bersaing sejak perlumbaan sulung pada tahun 1999 berkata, bermandi peluh mendaki bukit ke tempat duduk penonton (hillstand) adalah kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan.

“Sejak 1999 saya tidak pernah terlepas untuk datang ke sini menyaksikan perlumbaan F1 dan saya masih ingat apabila terpaksa bersesak-sesak mendaki bukit yang tinggi dalam keadaan cuaca panas terik untuk memberi sokongan kepada pasukan kegemaran saya.

“Tipu kalau saya katakan yang saya tidak sedih tetapi saya harapkan perlumbaan terakhir hari ini akan menjadi yang paling terbaik dalam lipatan sejarah penganjuran GP Malaysia,” katanya.

M.Samynathan, 46, yang sudah lima kali menyaksikan perlumbaan GP Malaysia pula berkata edisi kali ini beliau membawa ahli keluarga serta sahabatnya untuk sama-sama berkongsi merasai kehangatan perlumbaan F1.

“Sebelum ini, kerana terlalu minat dengan perlumbaan F1 saya datang berseorangan, memandangkan ini adalah perlumbaan terakhir di Malaysia, saya memujuk ahli keluarga serta sahabat baik saya untuk menyaksikan perlumbaan bersama saya,” katanya yang turut berharap GP Malaysia dapat dianjurkan semula pada masa akan datang. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fCx0wv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.