Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tukar Kerjaya? Mawi Dipilih Jadi Penyampai Radio - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tukar Kerjaya? Mawi Dipilih Jadi Penyampai Radio

Lama betul tidak mendengar juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) menyanyi solo di kaca tv.
Namun, bagi peminat Asmawi Ani atau Mawi yang kini semakin dikenali sebagai pelakon bakal menukar kerjayanya sebagai penyampai radio.

Nampaknya peminat Mawi dapat mendengar suara pelantun lagu Kian itu melalui radio.
Mawi bakal mengendalikan radio yang dikenali Zayan #IndahdiHati yang menyinari ruang angkasa tanah air mulai 2 Oktober ini.

Untuk pengetahuan, Zayan #IndahdiHati ialah siaran pengisian segar untuk golongan Muslim yang bersifat kontemporari dengan menghidangkan pelbagai kandungan unik dan berteraskan nilai semasa Islam progresif.

Bahkan paling penting ialah aspek pemilihan muzik yang ditawarkan stesen termuda ini adalah merangkumi pelbagai lagu tempatan dan antarabangsa terbaik dengan berunsurkan mesej ketuhanan dan nilai murni.

Dalam masa sama, bekas penyampai berita dan fesyen Lin Ariffin, Anas, Raqib serta pengacara majlis berpengalaman luas bidang radio, Falyq bakal bersama Mawi di arena penyiaran radio tersebut.

Terdahulu, Astro Radio telah menganjurkan Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat dengan meraikan sekumpulan kanak-kanak dari Pusat Jagaan Nuri, Setapak di ibu negara sempena tarikh Maal Hijrah 1 Muharam 1439.

Pada majlis itu, gergasi rangkaian penyiaran tempatan tersebut berkongsi berita baik dengan pihak media dengan mengumum bakal melancarkan stesen radio tersebut.



Sumber Tukar Kerjaya? Mawi Dipilih Jadi Penyampai Radio

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xTB9GF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.