Hi! Welcome Back and Stay Tune! Orang Kelantan miskin atau terlalu nak cepat kaya? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Orang Kelantan miskin atau terlalu nak cepat kaya?

Polis Kelantan rampas heroin bernilai RM430,000 
TMI  - Diterbitkan pada 1 Oct 2017 7:15PM

POLIS Kelantan merampas dadah jenis heroin bernilai RM430,000 yang disembunyikan dalam satu sangkar burung di sebuah rumah di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, Pasir Mas pada Khamis.

Ketua Polis Kelantan Hasanuddin Hassan berkata polis turut menahan pemilik rumah berkenaan, seorang lelaki berusia 56 tahun, untuk siasatan.

Beliau berkata serbuan 6.30 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas selepas menerima maklumat serta risikan.

"Pemeriksaan di bahagian belakang rumah suspek, yang terletak berhampiran dengan Sungai Golok, menemukan sejumlah 215 botol lutsinar berisi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin yang disembunyikan dalam sangkar burung," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

Lelaki berkenaan menafikan dadah itu miliknya dan siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod berkaitan dadah, katanya.

Hasanuddin berkata polis akan menjalankan siasatan lanjut termasuk bagaimana dadah itu boleh berada di kawasan rumah suspek, yang kini direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Beliau berkata dadah berkenaan dipercayai untuk bekalan di Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan jumlah dadah itu boleh memenuhi bekalan untuk 75,000 penagih dadah.

Sementara itu, beliau berkata polis sedang mengesan sepasang suami isteri berusia 38 dan 33 tahun bagi membantu siasatan berkaitan penemuan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM45,000 di sebuah rumah di Kampung Bagus, Rantau Panjang pada 20 September lepas. – Bernama, 1 Oktober, 2017.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xKT4gO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.