Hi! Welcome Back and Stay Tune! Senaraikan Pesta Air Dalam Kalendar Pelancongan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Senaraikan Pesta Air Dalam Kalendar Pelancongan

KUALA PERLIS – Pesta Air Kuala Perlis yang semakin mendapat tempat di hati pelancong akan dianjurkan lebih meriah untuk meningkatkan popularitinya supaya disenaraikan dalam Kalendar Pelancongan Malaysia, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata beberapa kriteria antaranya jenis acara dan jumlah penyertaan perlu dipenuhi sebelum sesuatu acara itu boleh disenaraikan dalam Kalendar Pelancongan Malaysia.

“Penganjuran pesta ini sudah mencapai tahap yang diperlukan termasuk memberi impak terhadap sektor pelancongan Perlis”, katanya kepada pemberita pada pesta itu di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kuala Perlis hari ini.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang pesta selama dua hari bermula semalam.

Azlan berkata kehadiran pelancong asing menunjukkan pesta tersebut semakin popular seperti Marathon Perlis dan Pesta Angin Timur yang telah dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Malaysia.

Sebanyak 34 buah pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan pada pesta itu yang acara utamanya kategori Perahu 12 Pendayung dan 14 Pendayung antara kampung dan kategori 20 pendayung antara jabatan dan agensi kerajaan serta jemputan di samping sukan rakyat seperti pukul bantal, panjat tiang licin dan menjala ikan.

Pasukan Pulau Pinang menjuarai acara jemputan Perahu Naga P20, Anak-Anak Kuala Perlis (PEKOLA) di tempat kedua dan Jabatan Laut Malaysia di tempat ketiga.

Juara Perahu Naga P20 kategori Jabatan/Agensi Negeri Perlis disandang oleh pasukan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) naib johan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat tempat ketiga. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yBuuhD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.