Kisah Penemuan Saintis Kota ‘Maksiat’ Yang Diazab Allah Sama Seperti Azab Kaum Nabi Luth !!!
Kisah Penemuan Saintis Kota ‘Maksiat’ Yang Diazab Allah Sama Seperti Azab Kaum Nabi Luth !!! | KITA VIRAL – Kisah yang dipaparkan kali ini hampir menyamai kisah Si Tanggang yang disumpah menjadi batu oleh ibunya, tetapi kisah ini merupakan kisah manusia batu yang terbentuk akibat bencana alam yang dahsyat. Sungguh mengerikan.. Bagaimana ianya terjadi, hayati kisahnya.
Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii iaitu salah sebuah kawasan di Itali kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain.
Senario biasa dilihat seperti para penduduknya bergerak sibuk ke sana sini, aktiviti berjual beli dalam bangunan atau gedung besar serta berinteraksi antara satu sama lain.
Sehinggalah tiga hari kemudiannya, secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap.
Bagaikan tidak pernah wujud lagi di muka bumi ini! Apakah yang berlaku sebenarnya?..
Sejarah kota ini selama hampir 1,500 tahun, kota Pompeii yang wujud suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom.
Hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan.
Masa terus berlalu sehinggalah tibanya tahun 1594, sekumpulan pekerja telah diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.
Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam tanah.
Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan satu persatu dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu.
Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.
Tujuh puluh enam tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan.
Pihaknya terus menggali dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di kawasan berkenaan kembali dikorek keluar.
Ketika itulah misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar. Bagaimanapun, penemuan kota purba itu turut menimbulkan pelbagai persoalan misteri dalam kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji sejarah.
Malah, lebih mengejutkan adalah selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai di kawasan berkenaan adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan..!
Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.
Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii.
Apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan s3ks termasuk s3ks luar tabii, bertukar menjadi batu.
Sebenarnya, pada zaman itu Kota Pompeii ini adalah pusat perzinaan dan syurga kaum homos3ksual.
Nasib penduduk Pompeii mirip dengan kaum Nabi Luth. Kehancuran Pompeii sepenuhnya terjadi melalui letusan gunung berapi Vesuvius.
Peristiwa ini berlaku selepas gunung berapi Vesuvius tiba-tiba sahaj bergemuruh dan memuntahkan isinya. Awan panas dan debu lahar menjalar turun.
Tidak lama kemudian, Kota Pompeii hancur seluruhnya. Mana-mana binaan bangunan disapu rata, para warga menjadi patung dalam kesakitan luar biasa.
Bermula saat itu, sebuah kota yang dahulunya masyhur terus berselimut debu sehinggalah kewujudannya terbongkar kembali.
Malah, jelas kelihatan adalah raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba.
Kajian seterusnya membongkar cerita sebenar mengenai kota Pompeii. Kota itu didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.
Pompeii kemudian berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau.
Kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pel@curan serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan. Rumah pel@curan dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pel@curan berkenaan.
Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.
Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ‘sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu.
Tiada seorang pun daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.
Informasi dari Al Quran
Berhubung peristiwa ngeri ini, terdapat aspek yang agak sukar untuk difahami iaitu bagaimana boleh terjadi ribuan manusia direntap nyawanya secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda sebelumnya.
Sehingga mereka tidak berpeluang untuk melarikan diri sekalipun.
Hal ini menunjukkan bahawa kehancuran bumi Pompeii ini mirip dengan peristiwa-peristiwa azab yang dikisahkan dalam Al Quran sebagaimana maksud : “Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan sahaja maka tiba-tiba mereka semuanya mati” (Surah Yaasin, Ayat 36:29).
Begitulah kisah yang terjadi kepada penduduk zaman purba di Kota Pompeii. Seharusnya kita mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut agar tidak terjadi dalam masyarakat kita hari ini. Fikir-fikirkan lah ….
Kredit : DairiShare
The post Kisah Penemuan Saintis Kota ‘Maksiat’ Yang Diazab Allah Sama Seperti Azab Kaum Nabi Luth !!! appeared first on KITA VIRAL.
✍ Sumber Pautan : ☕ KITA VIRAL
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yhJULK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment