Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas Johor, 4 pengikut Syiah ditahan di Kedah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas Johor, 4 pengikut Syiah ditahan di Kedah

Beberapa kitab larangan, baju berwarna hitam tertera 'Al-Mahdi is here', akuan berkanun dan batu karbala untuk meletakkan dahi ketika sujud dalam solat turut dirampas pihak berkuasa.

syiah

JITRA: Empat lelaki, termasuk 2 beradik dipercayai pengikut ajaran Syiah ditahan di sebuah premis rumah kedai di sini petang semalam, kata Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Agama Negeri Kedah (Jheaik) Datuk Abdul Rahman Ismail.

Beliau berkata, semua lelaki berusia 22 hingga 40 tahun itu ditahan sepasukan anggota jabatan berkenaan yang melakukan serbuan di premis itu pada 6.25 petang.

“Hasil pemeriksaan menemui beberapa barang disyaki mengandungi ajaran Syiah yang melanggar fatwa negeri mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, antara barang yang dirampas ialah beberapa kitab larangan, baju berwarna hitam tertera “Al-Mahdi is here”, akuan berkanun dan batu karbala yang biasanya digunakan pengikut Syiah untuk tempat meletakkan dahi ketika sujud dalam solat.

Beliau berkata, semua suspek dan barang rampasan itu dibawa ke pejabat Jheaik untuk siasatan lanjut.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber Selepas Johor, 4 pengikut Syiah ditahan di Kedah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hDyomE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.