Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Inflasi, GST punca harga barang naik, bukan salah parti politik’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Inflasi, GST punca harga barang naik, bukan salah parti politik’

 | October 1, 2017
Azmin Ali berkata, beliau hanya mengetuai kerajaan Selangor dan tiada kuasa menentukan dasar berkaitan kenaikan harga barang yang merupakan tanggungjawab kerajaan pusat.
azmin-gst
KUALA LUMPUR: Kenaikan harga barang di negara ini berpunca daripada inflasi serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan pusat, bukannya salah parti politik, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

“Kesan kenaikan harga barang kerana inflasi dan GST, ini semua orang maklum kos bertambah mahal, kenapa salahkan parti politik?” katanya selepas merasmikan majlis menyemarak inisiatif peduli rakyat dan ramah mesra bersama menteri besar Selangor di Masjid Al-Khairiyah, Gombak, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang menyalahkan parti pembangkang untuk kenaikan harga ikan di pasaran.

Azmin berkata, beliau hanya mengetuai kerajaan negeri dan tidak mempunyai kuasa menentukan dasar berkaitan kenaikan harga barang yang merupakan tanggungjawab kerajaan pusat.

“Kita tiada kuasa di peringkat persekutuan untuk laksana dasar membantu rakyat.
“Apa yang kita dapat lakukan hanyalah dari segi negeri. Di luar kerajaan negeri, kita tunggu pilihan raya umum akan datang,” kata ahli Parlimen Gombak itu.
Semalam, Jamal mendakwa kenaikan harga ikan di pasaran berpunca daripada orang tengah pro-pembangkang yang bermotifkan politik.

“Dalam beberapa bulan lagi, negara kita akan menghadapi pilihan raya. Jadi, sebab itulah ada pihak tertentu yang saya yakin dari Pakatan Harapan menggunakan orang tengah untuk menaikkan harga ikan pada harga cukup tidak munasabah.

“Kenaikan harga ikan ini sebenarnya sudah dijadikan bahan politik oleh parti politik tertentu,” dakwa Jamal yang mengadakan program menjual ikan kembung, cencaru, selayang dan mabong pada harga RM5 sekilogram di luar Pejabat Umno Bahagian Ampang, semalam.
Setiap orang hanya dihadkan membeli 2kg untuk mana-mana jenis ikan. Lebih separuh daripada 5 tan ikan itu habis dijual dalam tempoh 45 minit. FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kcBgrQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.