Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wow baju gadis litar tak seksi tapi cukup bergaya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wow baju gadis litar tak seksi tapi cukup bergaya

Kejayaan demi kejayaan ditempa pereka fesyen duo Rizman Ruzaini.Antaranya ialah Anugerah Pereka Popular yang berjaya disandang pereka fesyen terkenal ini selama tiga tahun berturut-turut.
Kini, nama Rizman Ruzaini mampu berdiri megah. Pelanggan Rizman Ruzaini juga bukan calang-calang, malah menjadi kegemaran artis-artis wanita kelas pertama.

Terbaru, sempena perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia yang berlangsung baru-baru ini pelbagai acara diadakan termasuk Festival Fesyen Stylo Kuala Lumpur.

Festival ini bertujuan memperkenalkan pereka fesyen tempatan selain pertunjukan fesyen Stylo juga menjemput pereka fesyen dari luar negara yang berbakat besar.

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Rizman Ruzaini, dilihat dia ada memuatnaik beberapa gambar menunjukkan rekaan keluarannya dipilih menjadi baju sempena perlumbahan akhir Formula Satu Sepang 2017.

Rekaan berkenaan yang direka khas dengan fabrik istimewa dan berkonsep design budaya negara Malaysia dan penggunaan fabrik jenis renda untuk tampil berlainan.

Nampaknya nafas baru dari rekaan Rizman Ruzaini berjaya mempertontonkan busana indah dan mempesona ilham kebaya dan kurung kedah bakal disarung gadis-gadis jelita di litar.

Penggunaan material seperti ‘crepe’ digunakan demi memastikan kesemua gadis litar berada dalam keadaan selesa kerana mereka perlu berada di litar seawal jam 6 pagi hingga 5 petang.

Kesemua 64 baju yang dihasilkan adalah mengikut potongan badan setiap seorang gadis-gadis litar itu sendiri.

Ruangan komen di instagram Rizman Ruzaini juga dihujani pelbagai reaksi daripada pengikutnya di Instagram yang berbangga dengan pencapaiannya, ada juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah.

Dalam pada itu, mereka juga turut mereka kasut yang bakal dipakai oleh gadis-gadis itu nanti.
“Kasut adalah pelengkap gaya kepada gadis-gadis litar ini nanti. Pihak Petronas ada memberi panduan kalau hendak mereka kasut, harus bersesuaian dengan cuaca panas di litar sepang. Kita guna fiber untuk bahagian bawah dan bukannya getah”.

Mereka akan berkampung di litar Sepang selama 3 hari bermula dari 29 September hingga 1 Oktober.

The post Wow baju gadis litar tak seksi tapi cukup bergaya appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fCpAcD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.