GEMBAR-GEMBUR HIMPUNAN ANTIKLEPTOKRASI HARAPAN
Perhimpunan “Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” malam tadi menyaksikan jumlah kehadiran yang munasabah bagi standard ceramah biasa.
Namun, pemimpin Pakatan Harapan (HAPAPAN) tidak menyerlahkan perhimpunan itu sebagai sekadar ceramah.
HARAPAN seawal bulan Jun mengumumkan hasratnya mengadakan perhimpunan antikleptokrasi dan satu siri jelajah seluruh negara bagi mengumumkan acara tersebut.
Sebaik pengumuman, terdapat perdebatan mengenai sama ada himpunan itu merupakan langkah yang bijak, memandangkan himpunan pembangkang termasuk BERSIH 5 menyaksikan jumlah kehadiran yang rendah.
Ini berikutan orang ramai semakin penat dengan politik dan faktor ketiadaan PAS.
Felo Penang Institute, Wong Chin Huat menyatakan bahawa dari segi saiz, 100,000 adalah angka bagi perhimpunan mega.
Oleh itu, himpunan anjuran HARAPAN sama ada hanya boleh mengekalkan status quo atau lebih rendah daripada jangkaan.
Himpunan antikleptokrasi, seperti perhimpunan pembangkang lain sebelum ini berdepan masalah apabila orang ramai lelah dengan politik.
Tetapi terdapat isu mengenai soal perancangan dan pelaksanaan himpunan itu.
Sejak hari pertama apabila HARAPAN membuat pengumuman, gabungan itu tidak pasti bilakah perhimpunan itu akan berlangsung.
Ia pada mulanya diumumkan akan diadakan pada bulan September.
Bagaimanapun, pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) meminta perhimpunan itu ditangguhkan kerana parti itu meraikan ulang tahunnya pada bulan yang sama di Muar.
Pada bulan Julai, HARAPAN akhirnya mengumumkan perhimpunan itu akan berlangsung pada 14 Oktober di Padang Timur, Petaling Jaya.
Berdasarkan imej satelit, Malaysiakini menganggarkan padang itu sekitar 17,000 meter persegi.
Walaupun empat orang terpaksa memasuki setiap meter persegi, yang mana adalah tidak mungkin, tempat itu hanya dapat memuatkan 70,000 orang. Ini tidak termasuk khemah dan infrastruktur lain.
Anehnya, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil pada 21 September iaitu kurang sebulan dari tarikh himpunan dengan berani mengisytiharkan bahawa HARAPAN menjangkakan jumlah kehadiran 100,000 orang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pula meminta pembangkang memindahkan perhimpunan itu ke stadium, dengan mendakwa padang itu hanya boleh memuatkan 10,000 orang sahaja.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xGOv5t
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment