Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tony Fernandes Nikahi Wanita Korea - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tony Fernandes Nikahi Wanita Korea


KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd Tan Sri Tony Fernandes telah mengahwini teman wanitanya dari Korea, Chloe.

Fernandes dilaporkan telah berkahwin di Cote d’Azur, Perancis, bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila perkahwinan tersebut berlangsung.

Gambar perkahwinan Fernandez bersama Chole yang berusia sekitar 20-an telah tersebar di internet apabila ia dikongsi menerusi media sosial serta di aplikasi WhatsApp.

Difahamkan, pemilik penerbangan syarikat tambang murah negara ini memutuskan untuk mengikat hubungan sebagai pasangan suami isteri selepas dua tahun bercinta dengan Chloe.

Menerusi gambar-gambar yang tersebar, Fernandes kelihatan tersenyum bahagia di samping wanita berkenaan yang bertubuh tinggi lampai di sisinya.

Antara yang dilaporkan hadir pada majlis penuh bermakna itu termasuklah keluarga dan teman rapat serta Pengerusi AirAsia dan Ketua Eksekutif Tune Group Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafizah Aziz.-mStar Online


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ic7lPT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.