Mr Big kekal ampuh
KUALA LUMPUR: Kira-kira 2,000 peminat memenuhi Mega Star Arena, Kuchai Lama, di sini, untuk menyaksikan konsert kumpulan rock terkenal Amerika Syarikat, Mr Big, malam tadi.
Kembali ke negara ini selepas lebih dua dekad, persembahan keempat-empat tunjang utama kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1988 itu cukup bertenaga walaupun ada antara mereka yang sudah mencecah usia 60-an.
Memanaskan pentas tepat jam 8.15 malam, Eric Martin selaku vokalis bersama Billy Sheehan (bes), Paul Gilbert (gitar) dan Pat Torpey (dram) menghiburkan penonton tanpa henti selama dua jam setengah.
Hampir 30 dendangan menjadi pilihan, termasuk To Be With You, Just Take My Heart, Wild World dan seleksi daripada album baharu yang juga buah tangan kesembilan mereka, Defying Gravity.
Konsert anjuran Plan 7 Production itu juga adalah untuk mempromosikan album berkenaan yang dikatakan hanya mengambil masa enam hari rakaman.
Mr Big pernah dibubarkan pada 2002, namun bersatu semula tujuh tahun kemudian berikutan permintaan peminat tegar mereka.
Kumpulan yang berada dalam senarai 'superband' itu turut mencipta sejarah tersendiri dengan jualan rekod platinum paling tinggi menerusi lagu To Be With You.
Konsert sulung Mr Big di Malaysia adalah pada November 1994, di Stadium Merdeka, yang disaksikan lebih 6,000 penonton.
Sumber Mr Big kekal ampuh
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hGKUyi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment