Hi! Welcome Back and Stay Tune! 303 tahanan warga Indonesia diusir esok - Shahidan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

303 tahanan warga Indonesia diusir esok - Shahidan

KUALA LUMPUR: Sejumlah 303 tahanan warga Indonesia akan diusir melalui Pelabuhan Tawau esok kerana memasuki Sabah secara tidak sah, tinggal lebih tempoh dibenarkan serta pelbagai kesalahan lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, 563,162 warga asing yang memasuki Sabah secara haram dan pelbagai kesalahan lain telah diusir keluar dari negeri itu.

Jelasnya, berdasarkan data JPM sejak 1990 hingga semalam, majoriti mereka yang diusir adalah warga Filipina dan Indonesia.

"Sehingga 21 November (semalam), seramai 5,392 warga asing yang memasuki Sabah secara tidak sah sedang ditahan di Pusat Tahanan Sementara di seluruh Sabah.

"Bagi 2016, seramai 1,170,686 orang warga asing telah memasuki negeri  secara sah dan dari Januari hingga 31 Ogos 2017, seramai 544,644 warga asing masuk ke Sabah secara sah," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Jumat Idris (BN-Sepanggar) yang bertanyakan jumlah warga asing yang memasuki Sabah pada tahun lalu hingga kini, serta jumlah pelarian Filipina yang masih di bawah pengawasan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Tambah Shahidan, tiada pelarian Filipina yang masih berada bawah pengawasan UNHCR di Sabah ketika ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z9IwaJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.