Rajagobal kembali saingan Liga M, kendali PKNS
SHAH ALAM: Bekas jurulatih kebangsaan, K Rajagobal membuat kemunculan semula dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dengan kembali ke pangkuan PKNS FC, kelab yang pernah disertainya sebagai pemain dan pengendali sebelum ini.
Dia jelas gembira apabila diberikan peluang kembali bersama skuad Semut Merah untuk musim depan iaitu tugasan jurulatih kedua bersama kelab Liga Super selepas meninggalkan pasukan kebangsaan pada 2013.
Namun Rajagobal yang dikenang kerana membantu Malaysia meraih gelaran Piala AFF 2010, enggan mengharapkan tanggapan luar biasa bakal menjelma apabila mengemudi kelab yang menamatkan musim lalu di tangga ketujuh selepas dikendali tiga jurulatih berbeza
"Kita perlu menjadi realistik," kata pengendali berusia 61 tahun dalam satu sidang media, di sini, hari ini.
"Sudah tentu kami kamu melakukan yang lebih baik berbanding musim lalu dan memberikan saingan kepada pasukan lain.
"Kami juga mahu dihormati pasukan lain. Ia akan menjadi satu cabaran yang sengit tetapi saya berasa seperti berusia 21 tahun semula dan sangat teruja dengan cabaran yang akan datang,".
Rajagobal yang pernah beraksi bersama PKNS dari 1978 hingga 1989 dalam saingan liga bersama Selangor dan Piala FAM sebelum muncul sebagai jurulatih kelab dari 1990 hingga 1998 berkata, tawaran untuk kembali ke kelab berkenaan sukar untuk dilepaskan.
"Saya kembali bersama pasukan di mana saya memulakan karier saya selaku pemain dan juga staf," katanya yang mengikat kontrak selama setahun.
"Dengan pengalaman yang ada, saya harap dapat membalas jasa pernah dicurahkan mereka kepada saya sebelum ini.
"Apa yang menjadikan lebih menarik untuk kembali ke sini semula ialah PKNS mempunyai struktur pembangunan yang bagus. Mereka mempunyai kemudahan dan perancangan jangka panjang untuk mencapai kejayaan,".
Di sebalik kejayaannya di peringkat antarabangsa seperti meraih pingat emas Sukan SEA pada 2009, pencapaian Rajagobal di arena domestik bagaimanapun terhad dengan hanya menjuarai Liga Perdana bersama Selangor pada 2000 dan menjulang trofi Liga Perdana pada 2009.
Penampilan terakhirnya di Liga Super berakhir selepas hanya lima bulan bersama Sarawak pada 2016.
Rajagobal yang juga pernah membimbing Kelantan ke separuh akhir Piala Malaysia 2001 berkata, dia tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibuktikan di peringkat tempatan.
"Tidak ada apa yang berlaku di Sarawak kerana kami memutuskan untuk berpisah," katanya yang hanya memenangi satu daripada 10 perlawanan bersama Sarawak dan meninggalkan pasukan berada di tangga terbawah carta liga.
"Tidak ada apa yang perlu dibincangkan lagi. Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dibuktikan. Saya kembali bersama PKNS dengan sasaran untuk mencapai kejayaan."
Sumber Rajagobal kembali saingan Liga M, kendali PKNS
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AlWCKF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment