Hi! Welcome Back and Stay Tune! Enron Corporation : Pihak Yang Terlibat Disebalik Keruntuhan Sebuah Empayar Besar Di Amerika Syarikat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Enron Corporation : Pihak Yang Terlibat Disebalik Keruntuhan Sebuah Empayar Besar Di Amerika Syarikat

Kejatuhan empayar Enron boleh disifatkan sebagai kebankrapan terbesar dalam sejarah Amerika dan menunjukkan kelemahan sistem audit yang digunakan ketika itu.

Enron merupakan sebuah syarikat sumber tenaga Amerika yang berpusat di Houston, Texas. Enron diasaskan oleh Kenneth Lay pada tahun 1985 setelah penggabungan di antara Hounston Natural Gas dan Inter North.

Enron mempunyai hampir 21,000 orang pekerja dan merupakan salah satu syarikat terkemuka di dunia yang menerajui industri elektrik, gas asli, kertas dan komunikasi.

Disebabkan pemilikan memberikan hak kebebasan penuh kepada pihak pengurusan dalam mengendalikan urusan kewangan, hal ini membolehkan syarikat menyembunyikan kerugian dari pengetahuan pemilik dan pemegang saham.

Skandal Enron tercetus disebabkan amalan perakaunan yang salah di Amerika Syarikat dan merupakan faktor utama wujudnya undang-undang Sarbanes-Oxley.

Dengan terbongkarnya skandal ini, maka Enron Corporation pun dibubarkan dan distruktur semula untuk menjaga kepentingan para pemiutangnya dan menjadi Enron Creditors Recovery Corporation pada November 2004.

Satu akta baru diwujudkan iaitu  Sarbanes-Oxley Act 2002 yang digubal pada 30 Julai 2002. Akta ini juga dikenali sebagai ‘Public Company Accounting Reform and Investor Protection Act’.

Akta ini dinamakan sempena Senator Amerika Syarikat, Paul Sarbanes dan Perwakilan Amerika Syarikat Michael G. Oxley. Akta ini bertujuan untuk menetapkan piawaian atau dan meningkatkan piawai lembaga, pengurusan syarikat awam dan syarikat perakaunan awam.

#1-  Kenneth Lee Lay

Kenneth Lee Lay merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Enron Corporation sejak tahun 1985 sehingga 23 Januari 2002 .

Pada tarikh 7 Julai 2004, Kenneth Lay didakwa atas penglibatannya dalam keruntuhan Enron. Disabitkan kesalahan atas 11 pertuduhan antaranya membuat pengubahan wang haram, konspirasi dalam dokumen 65 helaian, penipuan sijil saham dan kenyataan palsu.

Walaubagaimanapun hakim menolak pertuduhan yang ke 11 menjadikan Kenneth Lay didakwa dengan 10 pertuduhan. Setiap satu pertuduhan membawa hukuman penjara antara 5 hingga 10 tahun.

Pada tarikh 25 Mei 2006, Kenneth Lay didapati bersalah atas 6 pertuduhan bagi kesalahan menipu dan membuat kenyataan palsu. Kenneth Lay mungkin menerima hukuman selama 45 tahun, walaubagaimanapun beliau meninggal 3 bulan sebelum hukuman dijatuhkan.

#2- Jeffrey Keith Skilling

Skilling didakwa atas 35 pertuduhan atas kejatuhan syarikat Enron. Beliau menyerah diri kepada Biro Siasatan Persekutuan (Federal Bureau of Investigation) pada 19 Februari 2004 dan mengaku tidak bersalah dalam semua pertuduhan.

Pertuduhan tersebut adalah tentang pengetahuan beliau tentang Skandal Enron, penglibatan secara langsung dan juga konspirasi terhadap penipuan syarikat Enron.

Pada tahun 2006, Jeffrey Skilling dijatuhkan hukuman terhadap 4 pertuduhan iaitu membuat kenyataan palsu, konspirasi, penipuan sijil saham dan insider trading.

Manakala, beliau didapati tidak bersalah atas 9 pertuduhan insider trading yang lain. Pada 23 Oktober 2006 Skilling dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun dan 4 bulan serta denda sebanyak 45 bilion dolar.

Mantan CEO Enron, mula berkhidmat sejak tahun 1987 dan membantu syarikat dalam memajukan pasaran gas asli.

Kredibiliti yang dimiliki oleh Skilling membuatkan Kenneth Lay kagum terhadap kemampuannya sebagai perunding. Berikutan itu, Lay melantik Skilling sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Enron Finance Corporation pada tahun 1990 dan menjadi Pengerusi Enron Gas Services Co. pada tahun 1991.

Dengan menggalakkan strategi pelaburan agresif, beliau membantu menjadikan Enron pemborong perniagaan elektrik dan gas terbesar. Susulan itu, pada Februari 2001, Skilling dilantik menjadi CEO dengan pendapatan sebanyak US Dolar 132 juta setahun.

Secara tiba-tiba pada Ogos 2001, Skilling meletakkan jawatan atas sebab-sebab peribadi dan merancang untuk menjual sebilangan besar sahamnya. Kenneth Lay kemudiannya mengambil semula tugas sebagai CEO.

Hampir satu bulan setelah meletak jawatan dari Enron, Skilling menjual 60 juta saham miliknya dan mendakwa dirinya berbuat demikian kerana mendengar khabar mengenai Enron yang bakal bankrup.

#3- Andrew Stuart Fastow

Andrew Stuart Fastow dilahirkan pada 22 Disember 1961 merupakan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Enron Corporation.

Kesalahan paling besar Fastow adalah menjalankan urusniaga palsu bersama Enron dengan mencipta laman web syarikat yang kompleks dimana syarikat ini tidak wujud sama sekali.

Fastow berjaya meningkatkan wang syarikat serta menyembunyikan kerugian yang dialami melalui Kunci Kira-Kira suku tahunannya dan kelihatan seperti Enron bebas dari hutang.

Beliau menghasilkan puluhan juta dolar dengan mengabaikan amalan asas perakaunan seperti melaporkan tunai di tangan dan jumlah tanggungan kerana kepentingan peribadi beliau.

Fastow turut memberi tekanan kepada beberapa bank pelaburan yang besar di Amerika Syarikat seperti Merrill Lynch dan Citibank untuk melabur dalam dananya dengan mengancam bank-bank pelaburan akan kehilangan perniagaan masa depan dengan Enron Corporation jika mereka tidak berbuat demikian.

Fastow juga turut mengancam untuk memecat penganalisa syarikatnya jika berani bertindak untuk membocorkan kedudukan kewangan Enron yang negatif.

Pada 31 Oktober 2002, Andrew Fastow diatas 78 pertuduhan termasuk penipuan, pengubahan wang secara haram dan konspirasi. Pada 14 Januari 2004, Fastow mengaku bersalah atas dua tuduhan dan dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun.

Fastow juga bersetuju untuk menjadi informan dan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan ketika pendakwaan bekas-bekas eksekutif Enron yang lain bagi tujuan mengurangkan hukumannya.



Sumber Enron Corporation : Pihak Yang Terlibat Disebalik Keruntuhan Sebuah Empayar Besar Di Amerika Syarikat

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hSIXmx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.