WIEF: Terokai teknologi terkini bagi membuka peluang baharu
Pegawai Media Agensi Pembangunan Pelaburan Tatarstan di Rusia, Wieam Al-Sharabi berkata tujuan utama negara tersebut melibatkan diri dalam sistem teknologi terbaharu adalah untuk memastikan mereka tidak terlepas peluang untuk mengukuhkan ekonomi.
"Sistem-sistem terbaharu seperti teknologi blockchain diteroki bukan sahaja kerana ia adalah peluang baharu tetapi juga kerana tahap keselamatan sistem tersebut."Dengan ini, rakyat dan pelabur yang terlibat dengan negara ini akan yakin dengan dana yang dilaburkan mereka," kata Wieam.
Beliau ditemui ketika salah satu sesi perbincangan di Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF)yang masuk hari kedua di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Pada hari pertama semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menekankan kepentingan menyediakan generasi muda dengan kemahiran berkaitan teknologi baharu supaya mereka boleh bersedia untuk pekerjaan yang masih belum wujud ketika ini.
Perkara tersebut turut disentuh pengasas bersama Apple Incorporated Steve Wozniak yang menggalakkan kerajaan untuk menyokong pembangunan digital di negara masing-masing.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2B21wbW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment