Pesawat US Navy Terhempas
Lapan penumpang diselamatkan manakala tiga lagi masih hilang selepas pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) terhempas di perairan Laut Filipina di tenggara pulau Okinawa, Jepun, hari ini.
Menurut Armada Ketujuh Amerika Syarikat, pesawat C-2 Greyhound itu dalam penerbangan ke kapal induk pesawat udara, USS Ronald Reagan.
“Usaha mencari dan menyelamat kini dijalankan oleh USS Ronald Reagan. Punca nahas ini belum diketahui,” katanya dalam satu kenyataan media.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Jepun, Itsunori Onodera berkata, dia dimaklumkan USN bahawa pesawat itu mungkin mengalami masalah enjin.
“Operasi mencari dan menyelamat sedang dikendalikan di kawasan terbabit dengan kerjasama anggota AS serta Angkatan Pertahanan Maritim Jepun.
“Daripada tentera AS, kami mendapat laporan awal masalah enjin mungkin punca kemalangan,” katanya.
Pesawat C-2 Greyhound kebiasaan digunakan untuk membawa anggota tentera, surat dan barangan lain dari pangkalan di darat ke kapal pengangkut yang bertugas di laut.
Pesawat itu sudah digunakan selama lebih lima dekad dan akan digantikan dengan pesawat Osprey.-Reuters/AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hU1EGj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment