Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembiayaan keganasan: 346 transaksi mencurigakan dikesan - BNM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembiayaan keganasan: 346 transaksi mencurigakan dikesan - BNM

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan 346 transaksi mencurigakan (STR) berkaitan pembiayaan keganasan dikesan di antara Januari hingga Jun tahun ini.

Daripada jumlah itu, 34 didedahkan untuk tindakan lanjut agensi penguat kuasa.

Ia merupakan peningkatan hampir tiga kali ganda berbanding hanya 93 STR dengan 14 pendedahan bagi 2015.

Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata ia hasil perkongsian risikan dengan institusi kewangan serta peningkatan ancaman kumpulan Daish.

Susulan itu, bank pusat sedang meneliti peraturan baharu bagi sektor perbankan dan perkhidmatan kewangan yang mewajibkan mereka melaporkan urus niaga wang di sektor berisiko tinggi.

“Sektor berisiko tinggi akan ditentukan mengikut risikan pihak berkuasa pada sektor yang dilihat berisiko tinggi dalam membiayai aktiviti keganasan."

Ia bagi memenuhi komitmen Malaysia untuk meningkatkan pemantauan dan pendedahan berhubung pembiayaan berkaitan keganasan di rantau ini.

Muhammad berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama di Sidang Kemuncak Menangani Pembiayaan Keganasan kali ke-3, di sini, hari ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BedQXB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.