China Dedah Jalan Raya Unik Berbentuk Ular
BEIJING — China memang terkenal dengan mercu tanda unik sejak zaman dahulu lagi antaranya termasuk Tembok Besar China yang cukup hebat dan menjadi tarikan pelancong sehingga kini.
Namun bangunan moden pula pernah mencetuskan kontroversi selain bahan jenaka antaranya Stadium Olimpik di Beijing seperti sarang burung dan Kompleks Stesen Televisyen China di ibu kotanya seumpama seluar gergasi.
Malahan sebuah pusat pengajian tinggi awam, Universiti Teknologi Sumber Air dan Kuasa Elektrik China Utara di bandar raya Zhengzhou di wilayah Henan dikritik kerana kelihatan seperti mangkuk tandas tangki pam jamban.
Minggu lalu pula, masyarakat tempatan gempar dengan Perpustakaan Binhai yang baru dibuka di Tianjin kerana reka bentuk bangunan itu pelik dan agak futuristik sekali gus menjadi tular dalam kalangan netizen antarabangsa.
Kali ini agensi berita rasmi Xinhua mendedahkan sebatang jalan raya berwarna-warni dengan bentuk bengkang-bengkok telah menarik ramai pelancong ke kawasan perbandaran Chongqing, kira-kira 1,827 kilometer dari Beijing.
Barisan kereta dilihat sanggup berbaris panjang dengan melalui jarak sejauh 185 meter dan selebar lima meter dibina menurun sekitar kawasan berbukit daerah Fuling di wilayah yang diberi gelaran Three Gorges tersebut.
“Dengan bergerak secara bengkang-bengkok, ia mengingatkan kita kepada permainan lama, ular dan tangga,” kata Yang Xiaoyong, pekerja komunikasi di bandar peranginan Mexine Wine yang terletak bersebelahan jalan itu.
Atas faktor keselamatan semua pengguna ujarnya, setiap pemandu hanya dibenarkan bergerak pada kelajuan lima kilometer sejam, sekali gus dapatlah menikmati panorama unik kawasan tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zaGuXV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment