Hi! Welcome Back and Stay Tune! Duda Ugut Isteri Orang Sebar Gambar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Duda Ugut Isteri Orang Sebar Gambar

Seorang duda beranak dua ditahan pihak polis pada ahad lalu di Alor Setar, Kedah. Beliau disyaki melakukan pemerasan dan ugutan dalam menyebarkan gambar separuh bogel terhadap seorang wanita yang merupakan isteri orang.
Sepasukan polis Balai Polis Kuala Kedah telah menahan suspek yang berusia 40 tahun yang dipercayai bekerja sendiri pada lewat 5 petang.
Pihak polis telah bertindak selepas menerima laporan dari pihak mangsa. Dipercayai mangsa telah diugut oleh suspek tersebut kerana tidak mahu memberinya sejumlah wang sebanyak RM5,000. Kata Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asistent Komisioner Noor Hashim Mohamad.
Daripada hasil siasatan awal mendapati bahawa mangsa yang juga berusia 48 tahun itu telah berkenalan dengan suspek menerusi  laman sosial Facebook pada 6 November yang lalu. Dalam sepanjang tempoh perkenalan mereka, suspek sering mengajak mangsa yang juga tidak berkerja untuk berjumpa.
Namun menurut mangsa pada khamis lalu mereka telah bersetuju sesama mereka untuk berjumpa. Mangsa telah mengambil suspek di terminal bas di mana suspek telah datang dari Kedah ke Johor menaiki bas. Mereka telah menginap di sebuah hotel di Nusa Bestari, Skudai, Johor.
Semasa kejadian di hotel tersebut mangsa didakwa dipercayai berada di dalam keadaan yang separuh sedar dan menuruti segala arahan suspek. Mangsa juga tidak tahu apa yang berlaku kepadanya selepas itu.
Mereka juga telah pergi ke Singapura untuk berjalan-jalan pada 12 tengah hari, jumaat lalu. Menurut mangsa dia telah menghantar semula suspek ke terminal bas pada 12.20 tengah malam Sabtu lalu untuk pulang ke kampung halamannya di Kedah.
Suspek telah menghubungi mangsa pada hari yang sama kira-kira 4 petang melalui panggilan telefon. Suspek mengugut untuk menyebarkan gambar separuh bogel mangsa kepada suami mangsa dan mengugut akan memberitahu suami mangsa bahawa mereka pernah berjumpa sekiranya mangsa tidak memberikan wang yang dimintanya sebanyak RM5,000.

Suspek masih ditahan reman untuk siasatan lanjut kerana melakukan pemerasan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Menurut Noor Hashim, hasil semakan suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha
loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BbAMq6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.