Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video viral Kor Ming bukan palsu - Pemuda Umno Perak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video viral Kor Ming bukan palsu - Pemuda Umno Perak

IPOH: Pemuda Umno Perak hari ini menegaskan video tular Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir bukanlah palsu.

Ketuanya, Khairul Shahril Mohamed berkata laporan balas yang dibuat pihaknya hari ini adalah bertujuan untuk menyangkal tuduhan serius Kor Ming yang mengatakan pihaknya membuat laporan palsu sebelum ini.

“Hari ini, Pemuda Umno Perak akan menyerahkan bukti video berdurasi 30 minit dan 36 saat kepada pihak polis kepada Polis Diraja Malaysia, kerana semalam (Selasa) Kor Ming mengatakan kami membuat laporan palsu berdasarkan video yang tular di laman sosial itu telah disunting.

“Malah, video klip yang kami petik ini juga daripada media rasmi Kor Ming sendiri, iaitu TaipingKini, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk mereka teliti dan mereka nilaikan dengan kesahihan dakwaan kami,” katanya dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam, dekat sini hari ini.

Jelasnya, beliau berharap agar pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri Kepayang itu kerana dilihat sebagai satu perlakuan yang mengganggu ketenteraman dan keselesaan masyarakat di negeri Perak.

Tambah Khairul, kata-kata kesat yang dikeluarkan oleh Kor Ming pada minit ke-26 itu juga telah memberi gambaran yang buruk kepada pimpinan utama negeri Perak khususnya Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir sendiri.

“Saya pun tidak mahu mengatakan video ini sahih, atau palsu dan sebagainya tetapi kita serahkan kepada polis untuk menilai keseluruhannya,” katanya lagi.

Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan mengenai tujuh laporan polis oleh pergerakan itu serta gabungan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung kenyataan kesat Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming terhadap Menteri Besar Perak baru-baru ini.

Dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Sungai Senam pada pukul 1.15 petang pada 20 November lepas, Kor Ming dikatakan telah menghina orang Melayu di pentas ceramah politik sekitar Ipoh.

Sehari selepas itu, Kor Ming telah membuat laporan balas yang mendakwa laporan itu hanyalah sebagai satu kempen fitnah melalui satu laman blog yang disunting bagi menimbulkan ketegangan kaum.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zaZEwM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.