Heechul (Super Junior) Rela Botak
Penyanyi popular Kim Heechul memberi bayangan seolah-olah dia sanggup menjadi botak disebabkan masalah rambut yang dialaminya sejak kebelakangan ini.
‘Pengakuan’ itu dibuat ketika muncul dalam program Life Bar baru-baru ini selepas dia ditanya oleh hos mengenai sejauh mana kebenaran mengenai pengambilan ubat mengelakkan rambut gugur boleh melemahkan stamina seseorang lelaki itu.
Mengulas mengenai perkara tersebut, anggota kumpulan Super Junior ini berkata, bergelar seorang idol menuntutya kerap meluntur warna rambutnya.
Justeru dia berjumpa dengan doktor pakar dermatologi dan mendapatkan nasihat mengenai pengambilan ubat bagi mengelakkan rambutnya gugur dan menjadi botak.
Bagaimanapun akui bintang berusia 34 tahun ini, dia ada mendengar mengenai khabar angin tentang kesan sampingan pengambilan ubat tersebut. Justeru dia memutuskan untuk tidak lagi meneruskan pengambilan ubat itu.
“Saya dengar lelaki tidak akan berupaya melakukan (seks) dengan betul apa yang sepatutnya mereka lakukan (sekiranya mereka mengamalkan pengambilan ubat itu), jadi selepas berbincang, saya putuskan tidak lagi memakan ubat itu.
“Jika saya tidak berasa bebas dari rasa (kebimbangan) itu, bagaimana saya perlu teruskan hidup?
“Selepas membuat kajian menerusi internet, saya juga ada membaca, sekiranya berhenti mengambil ubat itu, saya akan kehilangan rambut saya semula,” tuturnya
The post Heechul (Super Junior) Rela Botak appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2B1UbZW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment