Tiga Penyamun Berjaya Ditumpaskan Pihak Polis
Polis telah berjaya menumpaskan kegiatan tiga penyamun yang giat aktif melakukan jenayah pecah rumah dalam serbuan pada 2 pagi Isnin lalu di kediaman di Taman Flora Jaya, Batu Pahat.
Suspek juga yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu dikenali sebagai B. Aruvendran, 35, M.Sugantri, 28, dan C, Thanaseelan, 17 dan dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau serta orang hilang. Kata Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Mender Singh.
Pada Ahad 1.10 petang lalu, pengadu pulang ke rumah sewanya yang beralamat di alamat Taman Kapal Layar, Tongkang Pechah mendapati kenderaan Honda Accord berwarna merah berada di hadapan rumahnya dan didalamnya ada seorang lelaki duduk di tempat pemandu.
Pengadu yang berusia yang berusia 41 tahun itu melihat pntu pagar rumahnya dalam keadaan terbuka. Dia memasukinya dan secara tiba-tiba seorang lelaki terus meluru keluar dari rumahnya manakala seorang lagi lelaki lain berada dalam rumah dengan memegang sebatang kayu golf.
Ketika dihubungi pengadu hari ini, suspek mengacukan kayu golf ke arah pengadu ketika terlihat pengadu dan suspek mengatakan yang mereka sedang mencari lelaki bernama Enal untuk mengutip hutang.
Pengadu memberitahu kepada suspek bahawa dia tidak mengenali lelaki yang dicari dan menjelaskan bahawa itu adalah rumah pengadu, kata pengadu.
Kedua suspek terus melarikan diri dengan menaiki Honda Accord yang berada di luar rumahnya sejurus pengadu mahu memeriksa keadaan rumahnya.
Pengadu mendapati barang-barang di dalam rumahnya hilang termasuk peti, televisyen 50 inci, dua jam tangan dan dua cincin suasa semasa membuat pemeriksaan di dalam rumanhya.
Susulan penahanan suspek, polis merampas kenderaan Honda Accord yang warna merah yang digunakan semasa kejadian selain itu senjata lain seperti kayu golf dan samurai juga turut dirampas.
Hasil rampasan lain juga turut ditemui seperti televisyen 50 inci hasil pecah rumah, telefon bimbit, cincin berbatu merah, dua kamera dan cakera keras dipercayai hasil jenayah.
Lima kes jenayah di sekitar Nusajaya, Taman Universiti, Johor Bahru telah mendapati bahawa hasil siasatan awal Aruvendran mengaku terbabit dalam kes jenayah lampau termasuk curi kenderaan, kes pecah rumah, mendatangkan kecederaan.
Sebelum ini mereka menetap di Seremban, Negeri Sembilan namun baru sebulan mereka berpindah ke rumah yang diserbu dan suspek ialah satu keluarga.
Suspek direman selama seminggu untuk bantu siasatan dari tarikh ditangkap setelah kes selesai dalam tempoh 12 jam selepas aduan polis dibuat manakala hasil ujian urin disahkan negatif. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha
loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BedOyX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment