M’sia-Indonesia Meterai MoU Pendidikan Tinggi Islam
KUCHING – Kerajaan Malaysia dan Indonesia hari ini memetrai memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam bidang pendidikan Tinggi Islam.
MoU itu ditandatangani sempena Rundingan Hubungan Malaysia – Indonesia Ke-12 di sini hari ini dengan disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo.
Dalam MoU itu kerajaan Malaysia diwakili oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, manakala kerajaan Indonesia diwakili oleh Kementerian Agama Indonesia.
MoU berkenaan bertujuan mengukuh dan membangunkan hubungan mesra antara kedua-dua negara dalam bidang pendidikan tinggi Islam.
Di samping itu, ia sebagai menghargai peri pentingnya pendidikan tinggi Islam sebagai faktor pembangunan sosio-budaya dan ekonomi kedua-dua negara. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mPzwpw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment