Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rahmad tinggalkan T-Team - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rahmad tinggalkan T-Team

Faizul Azlan Razak

sukanteam@nstp.com.my

Foto Faizul Azlan Razak

KUALA TERENGGANU: Pengendali T-Team, Rahmad Darmawan sah meletak jawatan selepas penjenamaan semula pasukan itu kepada Terengganu FC II (TFCII) yang bakal beraksi dalam saingan Liga Perdana musim depan.

Turut mengikut jejak langkah ketua jurulatih berusia 50 tahun itu, tiga lagi rakan senegaranya iaitu penolong ketua jurulatih, Satia Bagdja Ijatna; jurulatih kecergasan, Rasiman dan jurulatih penjaga gol, Kurnia Sandy.

Keputusan meletak jawatan itu dibuat selepas mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Presiden 1 Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Nawawi Wan Ismail, malam tadi.

Rahmad berkata, PBSNT ada menawarkan kontrak untuk membimbing TFCII, namun menolaknya kerana belum bersedia melatih pasukan yang dijadikan sebagai 'feeder club'.

Bekas pengendali skuad kebangsaan Indonesia itu berkata, dia lebih sukakan cabaran untuk bersaing dan belum tiba masanya lagi untuk menerima tawaran sebagai jurulatih 'feeder club'.

"Saya berterima kasih kepada PBSNT kerana masih mahu memberi kepercayaan membimbing TFCII dan secara jujurnya saya sedih untuk meninggalkan pasukan, negeri ini dan penyokong.

"Bagaimanapun, selepas berfikir panjang saya mengambil pendekatan secara profesional dengan meletak jawatan selepas dua tahun membimbing T-Team," katanya yang ditemui di Pejabat T-Team, hari ini.

Semalam, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman nenamatkan spekulasi yang melanda bola sepak di negeri ini apabila kekal dengan keputusan melakukan penjenamaan semula membabitkan dua pasukan Terengganu dan T-Team musim depan.

Kerajaan negeri mengumumkan lima pasukan baharu berada di bawah Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) iaitu Terengganu FC I (TFCI) yang beraksi di Liga Super, TFC II (Liga Perdana), TFC III (Piala Presiden), TFC IV (Piala Belia) dan TFC V (Bawah 17 Tahun).

Ditanya mengenai hala tujunya selepas ini, Rahmad berkata dia akan pulang ke negara asalnya selepas menerima tiga tawaran daripada kelab yang beraksi dalam Liga Indonesia.

"Saya akan pulang untuk mengadakan perbincangan dengan pasukan Indonesia dan akan membuat keputusan segera pasukan mana dipilih sebelum berangkat menunaikan umrah minggu depan," katanya.



Sumber Rahmad tinggalkan T-Team

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zWWDDV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.