Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Sebab Jangan Duduk Serumah Dengan Mentua Atau Mak Ayah Lepas Berkahwin.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Sebab Jangan Duduk Serumah Dengan Mentua Atau Mak Ayah Lepas Berkahwin..


Pilihan untuk tinggal bersama ibu bapa bagi pasangan yang baru kahwin mungkin dilihat sebagai sesuatu yang memudahkan. Dapat jimat bayar rumah sewa, semua barang keperluan pun dah sedia ada. Tak payah susah-susah lagi nak beli dapur masak, perabot, katil, dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, fikirkan sehabis-habisnya sebelum anda bertindak membawa pasangan tinggal serumah dengan ibu bapa atau mentua. Berikut adalah antara cabaran yang perlu anda hadapi, terutamanya bagi yang baru berkahwin.


5 SEBAB JANGAN DUDUK SERUMAH DENGAN MENTUA ATAU MAK AYAH LEPAS BERKAHWIN

1. Kurang Privasi

Kehidupan anda selepas berkahwin tidak lagi sama seperti kehidupan zaman bujang dahulu. Walaupun ada yang dah bertahun kenal dengan pasangan, tinggal serumah dengan mereka tentunya akan meninggalkan perasaan yang berbeza berbanding semasa bercinta dahulu. Bila dah tinggal serumah, biasanya hal-hal kecil pun boleh menimbulkan persoalan, kemarahan, pergaduhan, atau rasa sakit hati.

Pada awal perkahwinan ini jugalah anda perlu banyak berkomunikasi antara satu sama lain dengan telus dan saling bertolak-ansur. Namun jika ia semua berlaku di rumah sendiri, ia lebih mudah diatasi kerana anda punya ruang dan privasi sendiri untuk menjiwai serta memahami perasaan pasangan dengan lebih mendalam.

2. Tak Dapat Belajar Berdikari

Orang kata, selagi kita belum pernah pindah dari rumah mak ayah, bayar sewa rumah, bil, makan minum, dan keperluan sendiri, selagi itulah kita belum benar-benar belajar untuk berdikari. Semua pengalaman dan kesusahakan inilah yang akan mengajar kita erti tanggungjawab serta selok-belok kehidupan yang sukar didapati apabila menumpang di rumah orang.

Setua mana pun usia kita, ibu bapa akan selalu melihat anak mereka sebagai ‘anak kecil’. Mereka akan selalu risaukan kita dan mahu cuba memberi pertolongan kepada kita. Oleh itu, kuranglah peluang untuk anda melihat dan menerokai ‘dunia sebenar’ di luar sana,


3. Isu Aurat

Dalam budaya dan agama kita, isu aurat adalah isu yang tidak wajar dipandang remeh. Apabila tinggal serumah dengan orang lain, si isteri terutamanya, tidak mempunyai kebebasan untuk berpakaian sebebasnya, walaupun bertujuan untuk dilihat oleh suami saja.

Lebih-lebih lagi jika ada ipar yang tinggal bersama, kenalah bertudung sepanjang masa. Nak keluar masuk bilik air pun rasa segan, apatah lagi nak bersantai tengok TV dengan pasangan.

4. Sukar Membuat Keputusan

Rasa serba-salah akan sentiasa membelenggu diri apabila ada keputusan yang perlu dibuat – sama ada nak dahulukan ibu ayah / mentua atau pasangan.

Kadang-kadang, kita pun tak perasan bahawa tindakan kita ada menyakitkan hati mereka atau buat salah seorang daripada mereka rasa tersinggung. Situasi ini tentunya sukar dan akan menjadikan anda mudah stres. Pening kepala, tak tahu nak buat apa!

5. Senang Berlaku Salah Faham

Hanya dengan cara jelingan mata, bahasa tubuh, dan gerak-geri, salah faham boleh berlaku antara ahli di dalam rumah. Sekalipun tiada sebarang maksud atau mesej yang ditujukan, begitulah mudahnya salah faham boleh berlaku.

Walaupun hubungan dengan semua memang baik, namun ia sedikit sebanyak membuatkan pergerakan anda rasa tidak bebas dan sering diperhati.


TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU AYAH TETAP TIDAK DILUPAKAN

Pertimbangkan prioriti atau keutamaan anda dalam membuat keputusan untuk bawa pasangan tinggal serumah dengan ibu ayah atau mentua. Bukannya mahu melarikan diri daripada tanggungjawab menjaga ibu ayah, tapi fikirkan semula adakah kita yang menjaga mereka atau sebaliknya?

Cubalah hadapi kesusahan sendiri dan mulakan hidup anda di rumah berasingan walaupun terpaksa mengikat perut dan berjimat cermat. 

Apapun, sekiranya keadaan betul-betul memerlukan anda untuk tinggal bersama kedua ibu bapa mahupun mentua, fahamkan cabaran yang bakal dihadapi dan buat persediaan mental. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil sebab ada juga pasangan yang bahagia apabila tinggal serumah dengan ibu bapa atau mertua.

Yang penting, sentiasalah berkomunikasi dengan sihat sesama ahli dalam keluarga dan bersedialah untuk bertolak-ansur sesama anda. Mudah-mudahan, semuanya elok-elok saja.






✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zYIshD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.