Tak Cari Lelaki Lain Selepas Ben Affleck
Hampir dua tahun setengah berpisah dengan Ben Affleck, aktres jelita Jennifer Garner mengakui dia belum lagi mencari cinta baharu sehingga kini.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki selepas melalui pengalaman berumah tanga hampir sedekad yang lalu.
“Saya tidak akan memilih kehidupan ini untuk diri sendiri atau untuk anak-anak saya.
“Saya tidak akan memilih untuk menjadi tunggal atau berada dalam kedudukan seperti ini, ini sesuatu yang kami sedang jalani,” katanya yang kini sibuk mempromosikan filem baru The Tribes of Palos Verdes.
Bintang 13 Going on 30 itu juga bekata bahawa dia tidak berminat untuk bercinta.
“Ada orang mahu mengaturkannya (temujanji) dan saya berkata, ‘Tidak, terima kasih!’, tuturnya.
Apabila ditanya tentang skandal salah laku seksual di Hollywood, Jennifer menjawab, “Kami tidak boleh mengikat semua lelaki ke dalam (kategori yang sama).”
“Kami tidak boleh menganggap bahawa setiap orang telah melakukan sesuatu yang mengerikan atau setiap orang bersalah: proses yang wajar adalah penting dan perlu dilakukan.”
Sebelum ini nama Ben juga diseret ke skandal gangguan seksual selepas bintang One Tree Hill. Hilarie Burton mendakwa dia diraba aktor itu pada tahun 2003 ketika dia menjadi hos MTV “TRL”.
“Saya tidak ingat tapi saya minta maaf,” kata Ben Affleck mengenai tuduhan itu.
Jennifer dan Ben mengumumkan perpisahan mereka pada Jun 2015. Walaupun berpisah, bekas pasangan suami isteri ini tetap rapat dan bersama-sama menjaga ketiga anak mereka, Violet (12), Seraphina (8) dan Samuel (5) secara bergilir.
The post Tak Cari Lelaki Lain Selepas Ben Affleck appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Bbw3ES
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment