Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adakah Mukhriz Sedia Isytihar Harta Depan Rafizi ? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adakah Mukhriz Sedia Isytihar Harta Depan Rafizi ?



Apabila Rafizi umum akan mengadakan majlis mengisytihar harta calon-calon Pakatan Harapan untuk PRU 14, ramai yang terbayangkan wajah-wajah yang akan berada di kiri kanan Rafizi untuk menandatangani pengisytiharan harta mereka adalah, Lim Guan Eng, Mukhriz Mahathir, Nurul Izzah, Tony Pua, Azmin Ali dan Tan Sri Muhyiddin.

Selama ini wajah-wajah itulah yang lantang mencabar orang lain mengisytiharkan harta dan menuduh orang lain rasuah. Namun bayang Guan Eng atau kelibat Mukhriz, atau wakil Nurul Izzah pun tidak kelihatan. Sebaliknya wajah-wajah recycle seperti Khalid Samad, Fuziah Salleh, Saifuddin Nasution dan Mahfuz Omar yang mendominasi majlis.

Dari 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun (kecuali Sarawak) yang dipertandingkan dalam PRU, hanya 30 orang sahaja calon mereka yang sanggup isytihar harta. Itu pun tidak semua hadir.

Begitulah kisahnya orang-orang yang selama ini lantang menuduh orang lain melakukan rasuah. Kononnya berlagak mereka suci, telus dan mulus. Itulah parti-parti yang selalu melaung-laungkan prinsip ketelusan dan keterbukaan dalam politiknya tetapi apabila tiba giliran mereka berdolak-dalih dengan seribu satu alasan pula.

Tindakan tidak mahu isytiharkan harta itu sekaligus menimbulkan tanda tanya apakah kebanyakan pimpinan DAP, PKR dan PPBM ini kaya raya sehingga terpaksa bergelut dengan bermacam-macam alasan untuk mengelak isytiharkan harta mereka?

Kita pun tahu ramai pemimpin PPBM hari ini adalah bekas pemimpin utama kerajaan yang dahulunya sering dituduh oleh DAP dan PKR sendiri sebagai salah guna kuasa dan rasuah tetapi hari ini DAP pula yang lindungi mereka. Bukankah itu pelik ?

Saifuddin Nasution yang hanya menjadi ahli parlimen sepenggal sahaja, dalam pengisytiharan hartanya dua hari lepas mengisytiharkan jumlah harta sebanyak RM 1.6 juta. Itu hanya ahli parlimen biasa sahaja yang sering membawa cerita rakyat hidup susah, serta menuduh pemimpin negara rasuah.

Itu Saifuddin yang hanya ahli parlimen sepenggal.

Cuba kita fikirkan pula jika Lim Guan Eng selaku orang yang berkuasa meluluskan kos kajian terowong ratusan juta ringgit, serta bukit mana yang hendak ditarah untuk projek mewah di Pulau Pinang, isytiharkan hartanya.

Agaknya berapakah bilangan rumah yang ada kolam renang dan yang tiada kolam renang yang akan beliau isytiharkan ?

Kita pun tertunggu-tunggu juga berapakah bilangan bot dan kapal yang akan diisytiharkan oleh Mukhriz, dan berapa banyak yang telah dihadiahkan kepada anak-anaknya ? Namun Mukhriz belum bersedia untuk berkongsi dengan kita.

Mungkinkah beliau akan buat satu majlis pengisytiharan harta tertutup di depan Rafizi sahaja ?


Oleh : Rizal Mansor

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BdCZBu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.