Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerap Kencing Punca Penyakit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerap Kencing Punca Penyakit



Pakar Perunding Urologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Lo Hwa Loon menjelaskan, Inkontinens Urinari (IU) merujuk kepada pembuangan air kecil secara tidak terkawal yang dua kali ganda berlaku lebih kerap.
“LEE, 41, tidak pernah mengerti mengapa dia kerap membuang air kecil sama ada ketika memandu ke tempat kerja atau bersama keluarga semasa membeli-belah dan bersenam di gimnasium. Wanita itu sering dihantui perasaan perlu melegakan pundi kencingnya. Kadang-kadang saya rasa lebih banyak masa diperlukan ke tandas daripada bersenam," kata beliau.
“Sementara itu, ibu kepada seorang anak, yang hanya mahu dikenali sebagai Rohaiza, 29, berkongsi pengalaman yang sama. "Bila berada di kompleks beli-belah, rasa stres bila terasa nak buang air kecil , lebih-lebih lagi apabila terpaksa menunggu giliran," katanya.
“Rohaiza mula perasan perubahan pada dirinya selepas setahun dia melahirkan anak. Beliau mengalami rasa ingin buang air kecil setiap kali bersin atau batuk. Rohaiza mendapati dia tidak boleh menahan kencingnya seperti sebelum ini. Ada beberapa kali
“Bagi J. Perez, 36, beliau sudah lupa bila kali terakhir beliau tidur lena pada waktu malam. Saya akan terjaga dua atau tiga kali pada satu malam kerana nak buang air kecil. Lepas saya meluru ke tandas pada tengah malam, memang sukar untuk melelapkan mata. Kesannya, saya akan jadi terlampau penat dan letih pada keesokan hari," kata beliau.
Lee, Rohaiza dan Perez adalah antara mereka yang mengalami tanda-tanda pundi kencing terlampau aktif (OAB) atau dikenali juga sebagai inkontinens urinari.
Masalah itu dikatakan mengganggu setiap satu daripada enam orang dewasa. Masalah itu juga kerap didiagnosis secara kurang tepat.
Ramai yang mengalami OAB terutamanya wanita enggan mendapatkan rawatan walaupun masalah itu mengganggu kehidupan harian mereka. Ada yang menganggap Inkontinens Urinari (UI) adalah sebahagian daripada proses penuaan dan tidak perlu dirawat.
Pakar Perunding Urologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Lo Hwa Loon menjelaskan, Inkontinens Urinari merujuk kepada pembuangan air kecil secara tidak terkawal yang dua kali ganda berlaku lebih kerap di kalangan wanita berbanding lelaki disebabkan oleh perbezaan anatomi di kawasan pelvis.
"Hampir 30 peratus wanita Malaysia mengalami penyakit ini. Bagi kedua-dua jantina, UI mungkin disebabkan oleh faktor fizikal manakala bagi wanita pula, kehamilan, melahirkan dan menopaus adalah antara punca penyakit ini," katanya.
UI adalah satu kebenaran yang pahit buat pesakitnya, oleh itu Persatuan Urologi Malaysia (MUA) sentiasa menerajui usaha untuk memberi kesedaran mengenai UI kepada orang ramai dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan menekankan kepentingan bantuan perubatan bagi menguruskan penyakit itu dengan lebih berkesan.
Jelas Dr Lo, ada tiga jenis UI utama iaitu:
Inkontinens tekanan: Inkontinens tekanan ialah pembuangan air kecil secara tidak terkawal apabila tekanan dikenakan pada pundi kencing ketika ketawa, bersin atau batuk.
Inkontinens desakan: Inkontinens desakan ialah desakan kuat untuk membuang air kecil yang berlaku secara tiba-tiba dan disusuli pembuangan air kecil secara tidak terkawal.
Inkontinens campuran: Dalam sesetengah kes, pesakit juga mengalami inkontinens campuran iaitu gabungan inkontinens tekanan dan inkontinens desakan," katanya.
Walaupun UI bukanlah keadaan yang boleh membawa maut, ia mempunyai kesan fizikal dan psikologi kepada pesakit. Jangkitan bakteria biasanya berlaku dan turut menyebabkan kurang keyakinan diri akibat kehilangan kawalan pundi kencing. 
Jika ini berlaku, pesakit amat dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan profesional pengamal perubatan sekiranya mereka mengalami gejala UI seperti kebocoran kecil atau air kencing meleleh.
Bagi pesakit yang disyaki mengalami UI, langkah pertama ialah penilaian sejarah perubatan mereka untuk mendiagnosis jenis UI yang dialami. Kemudian, satu ujian fizikal akan dijalankan untuk mengesan tanda masalah kesihatan yang mungkin menyebabkan inkontinens.
Di Malaysia OAB atau inkontinens urinari dialami di antara 11 hingga 22 peratus daripada jumlah penduduk.
Enggan jalani pemeriksaan
Menurut beliau, ramai wanita yang mengalami masalah tersebut tetapi tidak mengetahui nya adalah penyakit, bahkan mereka tidak mengetahui ada kaedah yang boleh merawat masalah tersebut.
"Ramai juga yang berpendapat ia adalah sebahagian daripada proses penuaan atau mungkin kesan sampingan selepas melahirkan anak. Mereka rasa tidak perlu berbuat apa-apa dan rasa tidak memerlukan rawatan, "katanya
Statistik di 11 buah negara menunjukkan prevalens OAB atau inkontinens urinary(UI) adalah 53.1 peratus. Majoritinya adalah mereka yang berumur di antara 29 hingga 59 tahun.
“terdapat beberapa kaedah bagi merawat OAB atau inkontinens urinary(UI) termasuk fisioterapi dan perubatan. Hanya beberapa kes sahaja yang memerlukan pembedahan.
"Rawatan OAB/UI boleh dijalankan dan jarang sekali kita perlu melakukan pembedahan terhadap pesakit OAB/UI," katanya.
Rawatan meliputi fisioterapi dan mengenalpasti masalah terbabit. Senaman otot pelvik juga boleh membantu.
Pesakit yang gemuk juga boleh mengurangkan berat badan manakala mereka yang menghidap asma dan batuk perlulah mendapatkan rawatan terlebih dahulu.
Sementara itu, mereka yang mengalami inkontinens terdesak terpaksa berkejar ke tandas beberapa kali sehari.
"Tanda-tanda OAB/UI adalah buang air kecil lebih lapan kali satu hari dan tidak boleh tahan bila tiba masanya.
"Pesakit juga akan mengalami nokturia iaitu kerap bangun kencing waktu malam, Kesemua faktor itu boleh mengganggu tidur pesakit dan mereka akan rasa amat letih pada keesokan hari.
Ada juga pesakit terpaksa pakai lampin dan terpaksa meninggalkan aktiviti fizikal seperti bersukan. Ini akan mengganggu keyakinan diri dan membawa kepada kemurungan.
Walaupun ada kes yang boleh dirawat dengan antibiotik, pesakit perlu berjumpa doktor bagi memastikan tiada masalah lain yang tersembunyi.
"Adakalanya tanda-tanda yang sama seperti masalah OAB/UI dicetuskan oleh penyakit lain antaranya diabetes, angin ahmar, kanser pundi kencing atau batu karang. Penyakit-penyakit ini dikenalpasti melalui ujian air kencing sebab itulah penting bagi menjalani pemeriksaan dan saringan perubatan.
"Rawatan meliputi senaman otot pundi atau ubat antikolinergik," katanya.

Di Malaysia tidak ada statistik tentang OAB/UI jadi agak sukar untuk mengetahui sejauh mana masalah itu telah menjangkau. Sumber: Bernama Editor:  Atila Atasha
loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zeDDNP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.