Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar sekolah Semenanjung lebih ramai tercicir daripada Sabah, Sarawak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar sekolah Semenanjung lebih ramai tercicir daripada Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR: Peratus keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah di Semenanjung Malaysia lebih tinggi berbanding Sabah, Sarawak dan Labuan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan mendedahkan kadar keciciran murid sekolah rendah di Semenanjung Malaysia direkodkan antara 0.26 hingga 0.74 peratus bagi 2014 hingga 2016.

Sementara kadar keciciran di Sabah, Sarawak dan Labuan adalah antara 0.05 hingga 0.10 peratus.

Untuk tempoh sama bagi sekolah menengah pula, purata 1.09 hingga 3.59 peratus pelajar di Semenanjung Malaysia tecicir.

Bagaimanapun, Sabah, Sarawak dan Labuan mencatatkan keciciran murid antara 0.41 hingga 1.18 peratus.

Tegas Kamalanathan, kementeriannya kini memberi tumpuan terhadap peningkatan akses daripada peringkat prasekolah hingga menengah dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Melalui inisiatif itu, beliau berkata, pihaknya menyediakan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko bagi membendung masalah keciciran murid.

"Satu modul intervensi juga disediakan sebagai panduan kepada guru untuk menjalankan program intervensi bagi murid berisiko cicir, agar mereka kekal bersekolah sehingga tamat Tingkatan Lima.

"Garis panduan dan modul intervensi murid berisiko cicir itu sedang dirintis di tiga negeri, iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Kedah sebelum diperluaskan ke seluruh negara pada 2018," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Dr Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) yang meminta Kementerian Pendidikan menyatakan jumlah pelajar-pelajar yang keciciran daripada sekolah rendah dan menengah di seluruh negara mengikut negeri bagi 3 tahun terakhir serta langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut yang telah diambil.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2B2k8Z9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.