Hi! Welcome Back and Stay Tune! 500,730 Pekebun Kecil Getah Terima Bantuan Musim Tengkujuh Hari Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

500,730 Pekebun Kecil Getah Terima Bantuan Musim Tengkujuh Hari Ini


Seramai 500,730 pekebun kecil getah di seluruh negara menerima manfaat peruntukan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sebanyak RM200 sebulan daripada kerajaan yang mula dibayar hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, insentif bantuan itu membabitkan RM300 juta yang dibayar berperingkat sepanjang bulan ini, Disember dan Januari.

Beliau berkata, di Kedah sahaja, 75,000 pekebun kecil getah menerima bantuan itu yang bernilai RM45 juta dibayar melalui Lembaga Getah Malaysia (LGM).

"Jadi untuk Kedah bagi bantuan musim tengkujuh, BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) RM600 juta dan bantuan lain kepada nelayan, pesawah, bantuan persekolahan dan lain-lain lagi, ia membabitkan lebih RM12 bilion dana suntikan untuk rakyat Kedah.

"Banyak lagi bantuan khusus untuk rakyat Kedah dan jumlah RM12 bilion itu tak termasuk bantuan untuk imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA, ketua kampung, penghulu, penjawat awam dan banyak lagi," katanya berucap sempena program pemimpin bersama rakyat dan penyerahan bantuan musim tengkujuh kepada pekebun kecil dan penoreh getah di Dataran KEDA, dekat Pokok Sena, di sini, hari ini.

Beliau kemudian menyampaikan bantuan itu kepada 10 penoreh getah dari Pokok Sena dan Alor Setar selain menyampaikan Anugerah Pekebun Kecil anjuran LGM kepada semua pemenang membabitkan tiga kategori iaitu Anugerah Getah Muda, Getah Dewasa/Matang dan Pekebun Kategori Orang Asli@Pribumi.

Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Pada majlis sama, Najib turut mengumumkan kelulusan peruntukan RM200 juta untuk tujuan pembangunan sektor industri pekebun kecil penoreh getah negara, dengan tiga inisiatif khusus dirangka.

Menurutnya peruntukan berkenaan akan digunakan khusus untuk tujuan pembangunan bagi memberi nafas baharu kepada sektor berkenaan yang terbukti mempunyai masa depan amat cerah.

"Inisiatif itu antaranya pembangunan infrastruktutr khusus supaya penoreh tidak lagi bergantung kepada pengeluaran getah beku, sebaliknya menjadi pengeluar lateks yang akan menjamin pendapatan lebih.

"Pekebun getah juga akan diberikan klon baharu '1Malaysia' dihasilkan LGM yang menjamin pengeluaran hasil lebih tinggi berbanding benih lain.

"Kita juga melihat dari segi kaedah torehan yang boleh dilakukan pembaharuan dengan suntikan teknologi baharu iaitu sistem torehan intensiti rendah (LITS) supaya ia boleh hasilkan pengeluaran tinggi," katanya.

Perdana Menteri berkata, bagi menjamin permintaan, pihaknya mengarahkan supaya sebahagian jalan raya di negara ini dibuat menggunakan getah yang diletak pada permukaan jalan.

"Walaupun kosnya 15 peratus lebih tinggi daripada biasa, penjimatan penyelenggaraan jalan sangat ketara.

"Selain getah yang ada permintaan, pokok getah itu sendiri khususnya batang menjadi sumber untuk penghasilan perabut dan bekalan kayu getah mendapat permintaan sangat tinggi di negara maju seperti Amerika Syarikat," katanya.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hw2wOg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.