Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adenan berintegriti, tidak beli rumah bawah harga pasaran- Zahid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adenan berintegriti, tidak beli rumah bawah harga pasaran- Zahid

Zahid-Hamidi_lim-guan-eng_600

KOTA SAMARAHAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sempat membuat serangan tersirat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dalam ucapannya di program ‘Sejiwa Senada’ pagi tadi.

Menurutnya, rakyat Sarawak beruntung memiliki Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri yang mengutamakan integriti.

“Saya tak mahu campur urusan negeri lain, tapi soal integriti adalah penting, yang telah diperakukan Ketua Menteri.

“Bukan beli rumah di bawah harga pasaran, dan lepas itu bersilat untuk tidak buat pengakuan,” katanya.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, kenyataan tersebut dipercayai merujuk dakwaan seputar pembelian rumah oleh Lim Guan Eng di bawah harga pasaran sebelum ini.

Beliau juga mendakwa ahli Parlimen Sarawak dari parti pembangkang tidak berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah rakyat.

“Setiap permintaan kerajaan negeri dibuat melalui menteri dan ahli Parlimen dari Sarawak. Mereka suarakan hasrat rakyat negeri untuk diterjemahkan kepada pelaksanaan.

“Tapi yang wakili parti selain BN tidak bawa isu rakyat. Apa yang mereka tahu adalah komplen, komplen, komplen (aduan). Tiada kemajuan yang dibawa,” katanya lagi.

Katanya lagi, beliau percaya BN negeri di bawah pimpinan Adenan akan menawarkan projek yang lebih besar dalam manifesto PRN kali ini, dan bukan janji kosong semata-mata.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan tarikh 25 April untuk hari penamaan calon dan 7 Mei untuk hari mengundi.

Pada 14 Januari yang lalu, Sarawak menjadi kerajaan negeri pertama yang menandatangani Perjanjian Intergriti untuk mencerminkan keikhlasan dan kejujuran anggota Kabinet negeri dalam mentadbir kerajaan untuk rakyat.

Mereka juga dikehendaki mengemukakan kepada beliau data peribadi, pendapatan dan maklumat penting lain.

Tujuh menteri dan 19 timbalan menteri menandatangan perjanjian itu selepas mendengar penjelasan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1ScQBh4

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.