Hi! Welcome Back and Stay Tune! GADIS DIISLAMKAN DR ZAKIR NAIK SUDAH PILIH NAMA BARU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

GADIS DIISLAMKAN DR ZAKIR NAIK SUDAH PILIH NAMA BARU

Apr 15, 2016


Klik Gambar Mat Cyber bawah untuk melihat Video Asal  Dr Zakir Naik terus ke FB anda!




Gadis diislamkan Dr Zakir Naik sudah pilih nama baru! Alhamdulillah, seorang penonton syarahan Dr Zakir Naik iaitu Woo Nina Grace, 19, akhirnya memilih untuk mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk agama Islam.  

Memetik sumber info, Nina Grace berminat gunakan nama Islam, Nur Nina Farisha dan mahu menjadi seorang muslimah yang baik termasuk berhijab.



 Penuntut semester tiga Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pelantar Minyak Kolej RANACO itu berkata, dia berasa seperti dilahirkan semula dan nekad untuk mengucap dua kalimah syahadah selepas berpuas hati dengan jawapan Dr Zakir Naik ketika sesi soal jawab pendakwah itu di Padang Astaka, tengah malam tadi.

Menurutnya, dia sudah lama ingin memeluk Islam dan jawapan pendakwah itu membuatkannya lebih yakin dengam agama Islam sebagai agama yang suci. Katanya, kehidupan hariannya sebelum ini yang banyak bergaul dengan rakan Islam menjadi faktor agama Islam dekat dengannya. 



“Saya semakin tertarik dengan agama Islam dan kebetulan Dr Zakir berkunjung ke negeri ini yang mana membuatkan saya mahu hadir ke syarahannya kerana mahu bertanyakan beberapa soalan. Akhirnya, jawapan yang diberikan Dr Zakir membuatkan saya nekad untuk memeluk Islam dan tidak kisah dengan pandangan orang lain. Saya bersyukur kerana Allah berikan hidayah kepada saya pada 12.05 tengah malam Jumaat yang menjadi penghulu segala hari,” katanya dipetik laporan MyMetro.




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.