Grace Nina jadi anak angkat kerajaan negeri Terengganu
PETALING JAYA: Gadis dari Johor yang memilih untuk memeluk agama Islam dengan melafazkan kalimah syahadah di hadapan pendakwah antarabangsa Dr Zakir bakal menjadi anak angkat Kerajaan negeri Terengganu bagi membantunya mendalami Islam.
Woo Nina Grace, 19 berbuat demikian ketika sesi soal jawab pada syarahan Dr Zakir, disaksikan 40,000 hadirin di Padang Astaka, Kemaman, Khamis lalu.
Berikutan itu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mahu kerajaan negeri itu memberi sokongan seperti kemudahan serta bimbingan sewajarnya oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), lapor Bernama.
Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang langkah kerajaan membantu Nina, atau nama Islamnya, Nur Nina Farisha memulakan penghiduapn baharu setelah memeluk Islam.
Nina berdarah kacukan Cina dan Filipina itu belajar di Kolej Ranaco, Kemaman dan menjadi tumpuan selepas menjadi individu pertama diIslamkan oleh penceramah terkenalitu selepas beliau ke Terengganu untuk menyampaikan syarahan umum.
Dr Zakir juga mengadakan syarahan umum di Stadium Tertutup Gong Badak, Universiti Malaysia Terengganu, dan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan
Terengganu di Besut.
Beliau akan juga menyampaikan syarahan di Kuala Lumpur dan Melaka.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1W6mFba
Post a Comment