Hi! Welcome Back and Stay Tune! Henti tuduh Najib dalam salah guna 1MDB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Henti tuduh Najib dalam salah guna 1MDB

Irmohizam-Ibrahim_najib_1mdb_6002

PETALING JAYA: Semua pihak diminta berhenti melemparkan sebarang tuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung penyalahgunaan dan skandal 1MDB.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata demikian setelah Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengesahkan derma RM2.6 bilion itu diberikan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Katanya, tuduhan yang dibuat sebelum ini jelas semata-mata untuk menjatuhkan imej Najib sebagai Perdana Menteri.

“Kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri hanya sumbangan dari kerajaan Arab Saudi,” katanya dalam satu kenyataan yang dibuat hari ini.

Mengulas lanjut, Irmohizam berkata isu ini tidak sepatutnya dibangkitkan lagi berikutan Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali juga telah membuktikan bahawa tiada sebarang salah laku yang dilakukan oleh SRC International Sdn Bhd.

“Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) turut mengesahkan bahawa Perdana Menteri tidak terlibat langsung dalam pengurusan kewangan syarikat 1MDB,” katanya.

Terdahulu, Adel Al-Jubeir dalam satu kenyataan mengakui sumbangan dana kepada Perdana Menteri memang datang dari negara itu.

“Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku,” katanya.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1TXjqmn

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.