Hi! Welcome Back and Stay Tune! Smarttress – Tilam Pintar Mengesan Sekiranya Pasangan Anda Curang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Smarttress – Tilam Pintar Mengesan Sekiranya Pasangan Anda Curang

Kecurangan, kekasih gelap dan skandal ialah tiga perkara yang amat menakutkan bagi seorang lelaki yang sudah berkahwin seperti saya. Ianya pasti lebih menakutkan bagi mereka yang belum berkahwin kerana sekiranya pasangan anda curang sebelum kahwin, pastinya mereka akan turut curang selepas berkahwin kelak. Lebih mudah untuk curang sekarang kerana wujudnya puluhan aplikasi media sosial dan mencari pasangan yang boleh dipasang pada peranti pintar.
Smarttress-Tilam-Pintar-2Bagi menentang kecurangan yang semakin pintar, tilam pintar Smattress dihasilkan di Sepanyol. Tilam pintar ini mempunyai 24 sensor terbina pada permukaan tilam. Ia mampu mengesan kehadiran jumlah individu yang baring di atasnya dan mengesan “tekanan” sekiranya mereka melakukan hubungan jenis. Melalui aplikasi khas, pemilik tilam akan diberikan notifkasi sekiranya tilam digunakan ketika mereka berada di luar rumah sekaligus memudahkan mereka menangkap pasangan curang. Tilam pintar ini dihasilkan kerana mengikut kaji selidik tahun lalu, warga Sepanyol dikatakan paling curang di dunia. Harga jualan tilam pintar mengesan kecurangan ini bermula dari £1200 (RM 6647) sebuah.


Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/22BCE12

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.