Hi! Welcome Back and Stay Tune! TV3 tangguh siaran debat Rahman Dahlan-Guan Eng - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TV3 tangguh siaran debat Rahman Dahlan-Guan Eng

tv3_rahman-dalan_lim-guan-eng_600

PETALING JAYA: Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad bersetuju untuk menunda debat antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung pembelian tanah Taman Manggis dan banglo.

Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Ehwal Semasanya, Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah berkata keputusan diambil bagi menghormati pandangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki supaya tidak menganggu siasatan yang sedang dilakukan oleh pihak berkuasa.

“Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad telah memutuskan menunda debat antara Rahman Dahlan dan Guan Eng yang sepatutnya disiarkan secara langsung di TV3 Selasa ini.

“TV3 menghormati pendapat Tan Sri Khalid dan Datuk Azam bahawa debat ini mungkin akan menganggu siasatan pihak berkuasa dalam isu kontroversi tanah Taman Maggis dan banglo milik Guan Eng di Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya juga, Media Prima juga akan menunda debat itu sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Sebelum ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB) menyatakan kesediaan menyiarkan secara langsung debat antara Rahman Dahlan dan Guan Eng mengenai isu berkenaan di saluran televisyen masing-masing.

Pada Jumaat, Khalid berkata, jika debat antara Rahman Dahlan dan Guan Eng dibenarkan, maka ia akan menjejaskan siasatan dan prejudis terhadap kes ini.

Beliau berkata, sekiranya Rahman Dahlan, yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) itu, mempunyai sebarang bukti mengenai kes penjualan tanah itu di Pulau Pinang, beliau sepatutnya menyerahkannya kepada pihak polis atau SPRM dengan secepat mungkin untuk disiasat.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1qNwSOn

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.