Hi! Welcome Back and Stay Tune! Retorik ‘autonomi’ tangkap imaginasi politik pengundi Sarawak- penganalisis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Retorik ‘autonomi’ tangkap imaginasi politik pengundi Sarawak- penganalisis

Dr Jeniri Amir

KUCHING: Perkara berkait dengan hak-hak negeri dalam Perjanjian Malaysia 1963 bakal menjadi isu utama oleh semua parti dalam Pilihanraya Negeri (PRN) kali ini, kata penganalisis politik Professor Madya Dr Jeniri Amir.

Beliau berkata, ini kerana perkara itu ‘dapat menangkap imaginasi politik kira-kira 1.13 pengundi di Sarawak.’

“(Mengangkat soal hak dan kuasa negeri) menjadi pendekatan yang semakin berkesan untuk meraih sokongan politik.

“Semua parti politik, sama ada BN atau pembangkang, akan mengikuti arus sentimen rakyat Sarawak ini,” katanya ketika dihubungi.

Justeru, tindakan dan retorik Tan Sri Adenan Satem selama menjadi Ketua Menteri dalam soal menuntut kembali kuasa dan autonomi negeri sebagai ‘strategi politik yang tepat’, katanya.

Perjanjian Malaysia 1963

Menyingkap semula sejarah Perjanjian Malaysia 1963, beliau menyifatkan perjanjian tersebut bagi melindungi hak Sabah dan Sarawak apabila bersetuju menubuhkan Persekutuan Malaysia.

“Ketika itu, (Sarawak) ketinggalan dalam aspek sosio-ekonomi. Untuk memastikan kepentingan negeri tidak terjejas, kuasa dalam beberapa aspek dikekalkan, misalnya soal imigresen.

“Ia bagi mengelakkan penghijrahan penduduk Singapura dan Malaya, seterusnya melindungi ekonomi penduduk tempatan,” kata pensyarah Universiti Malaysia Sabah (Unimas) itu lagi.

Pada 1962, British dan Malaya membentuk Suruhanjaya Cobbold bagi mendapatkan pandangan penduduk Sabah dan Sarawak sama ada mereka bersetuju membentuk Persekutuan Malaysia bersama Malaya dan Singapura.

Hasil pungutan suara itu, lahirlah Perjanjian Malaysia 1963 beserta Perkara 18 bagi Sarawak dan Perkara 20 bagi Sabah, yang menyenaraikan perkara yang dikekalkan di bawah kuasa dua negeri tersebut.

Bangga ada tiga tarikh merdeka?

Namun, pakar politik Sarawak itu berpandangan semua pihak harus berfikir secara mendalam apabila berbicara tentang perkara ini.

Beliau mengambil contoh usaha sesetengah pihak mahu mengiktiraf tarikh 22 Julai sebagai ‘Hari Kemerdekaan Sarawak’, seterusnya menjadikannya cuti umum.

“Kita akan menjadi negeri atau negara pertama di dunia yang ada tiga tarikh merdeka yang berbeza. Adakah kita harus berbangga dengannya?

“Justeru ia perlu difikirkan secara mendalam kerana apabila dibuat kelak, ia tidak boleh ditarik semula. Dan implikasinya bukan hanya setahun, tetapi untuk ratusan tahun mendatang,” katanya lagi.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/22BzGK9

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.