Hi! Welcome Back and Stay Tune! Luahan pelajar di ceramah Dr Zakir dapat perhatian MB Terengganu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Luahan pelajar di ceramah Dr Zakir dapat perhatian MB Terengganu

Ahmad Razif

SETIU: Luahan hati seorang pelajar perubatan mengenai kos pengajiannya kepada penceramah antarabangsa Dr Zakir Naik baru-baru ini mendapat perhatian Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata ekoran luahan Siti Hajar Rasid, 21, kerajaan negeri dapat mendengar suara golongan pelajar perubatan yang sehingga kini masih tidak mempunyai banyak peluang untuk menukar status pinjaman mereka kepada biasiswa.

“Pelajar kursus lain boleh menukar status pinjaman mereka kepada biasiswa sekiranya mereka mendapat keputusan cemerlang kelas pertama, namun tidak bagi pelajar perubatan kerana tidak terdapat sebarang kriteria yang membolehkan perkara itu dilaksanakan.

“Saya juga ada meminta Yayasan Terengganu untuk buat perbincangan dengan Kementerian Kesihatan sama ada boleh atau tidak pelajar perubatan yang tamat pengajian, balik berkhidmat dengan hospital milik kerajaan negeri.

“Mungkin pelajar-pelajar ini boleh menjalani latihan dalaman di hospital milik kerajaan Terengganu iaitu Kuala Terengganu Specialist, Kuantan Medical Centre, Hospital Kelana Jaya dan Pusat Perubatan I-Heal.

“Pelajar perubatan yang cemerlang akan ditawarkan tempat housemanship di hospital-hospital ini dan seterusnya bekerja di situ selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu lebih banyak doktor pakar dilahirkan terutama dalam bidang perbidanan,” kata Ahmad Razif.

Beliau bertemu dengan Siti Hajar dan ibu bapanya di sini hari ini.

Dalam pertemuan sejam itu, beliau turut berkongsi hasrat kerajaan dalam membantu golongan pelajar dan memberi penerangan mengenai fungsi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) yang mengamalkan maqasid syariah dalam pentadbirannya.

Sementara itu Siti Hajar yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Islam Malaysia Kampus Kuantan melahirkan rasa syukur dan terharu dengan kesudian Ahmad Razif berjumpa dengannya dan keluarganya.

“Saya sedar tindakan saya mengundang kontroversi dan saya bersedia menghadapinya. Saya ucapkan terima kasih kepada menteri besar atas tawaran menjalani latihan dalaman di hospital milik kerajaan negeri,” katanya.

Siti Hajar dikecam pelbagai pihak terutama di laman sosial selepas bertanyakan isu PTPTN ketika sesi syarahan umum Dr Zakir di Gong Badak.

– BERNAMA



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1NevPAP

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.