Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sebuah Pengambaraan yang Menakjubkan! Disahkan Mengidap Kanser, Gadis Ini Travel Ke 7 Lokasi Keajaiban Dunia Dalam Masa 13 Hari! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sebuah Pengambaraan yang Menakjubkan! Disahkan Mengidap Kanser, Gadis Ini Travel Ke 7 Lokasi Keajaiban Dunia Dalam Masa 13 Hari!

   
Sudah jatuh ditimpa tangga pula. Itulah nasib gadis ini.
Terjatuh 50 kaki ke bawah sewaktu latihan mendaki gunung, dilanggar kereta dan kemudiannya disahkan mengidap kanser kulit. Semuanya berlaku dalam masa 1 bulan.
2 minggu kemudian Megan Sullivan mengambil keputusan drastik untuk travel ke 7 lokasi keajaiban dunia dalam masa 13 hari dengan 1 perspektif baru : lebih menghargai hidupnya.
Berikut kronologi kejadian yang telah menimpa dan mengubah hidup Megan.
Segalanya bermula sewaktu Megan  sedang menjalani latihan persediaan untuk mendaki the Nose route on El Capitan. Pada ketinggian 2000 kaki di Yosemite, beliau terjatuh.

Hari pertama: Chichen Itza


Sejak kejadian itu Megan kerap bertanya kepada diri sendiri, apakah yang beliau mahukan dalam hidup ini? Dan apakah sebenarnya yang beliau ingin buktikan kepada diri sendiri dan juga kepada dunia?

Hari ke 2: Machu Picchu


Seminggu selepas kemalangan di gunung, Megan sekali lagi ditimpa kecelakaan. Kali ini beliau dilanggar kereta sewaktu menunggang vespa.

Hari ke 4: Cristo Redentor


Dan selepas itu beliau didiagnosis mengidap kanser kulit sewaktu menjalani pemeriksaan susulan akibat daripada kemalangan yang dialami.
Dalam masa 3 minggu, Megan ditimpa 3 ‘bad luck’.

Hari ke 6: Colloseum


Meskipun begitu, daripada tragedi yang menimpa dirinya Megan menyedari ia adalah satu pengajaran yang sangat berharga buat beliau. Ia mengajar beliau untuk membuka lembaran baru dalam hidup dan melihatnya dari perspektif yang berbeza.

Hari ke 8: Petra


Selepas melalui fasa terburuk dalam hidupnya, Megan mula menyedari hidup bagaimanakah sebenarnya yang beliau inginkan.
I came to this amazing realization… that the only thing stopping me from having everything that I ever wanted in life was simple: me.

Hari ke 11: Taj Mahal


Dulu Megan selalu percaya beliau tiada masa yang cukup dan duit yang banyak. Hakikatnya itu hanyalah alasan semata-mata. Apa yang beliau paling takuti sebenarnya adalah kegagalan.
Saya mesti berhenti daripada berfikir bahawa impian saya adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Sebaliknya saya harus percaya bahawa saya berhak menentukan hidup bagaimanakah yang mahu saya lalui setiap hari.

Hari ke 12: Tembok Besar China


Satu-satunya perkara yang paling Megan kesali disepanjang hidupnya adalah melepaskan peluang yang pernah datang kepada beliau. Dan pada kali ini Megan tidak akan melepaskan lagi satu-satunya peluang yang hadir: menghargai dan menikmati hidup sepenuhnya.
12 negara, 15 penerbangan, jumlah perjalanan sejauh 28,211 km, menginap di 5 hotel, 1 tripod dirampas, 7 lokasi keajaiban dunia dan 13 hari pengembaraan.
Tonton video menarik disepanjang pengembaraan Megan di bawah.



Klik Gambar Mat Cyber di bawah untuk melihat Video
 Pengambaraan Megan



Kredit : 
April 14, 201611:15 PM


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.