Dua rumah musnah terbakar
BINTULU: Dua rumah separuh kekal terletak di Rumah Awal, Batu 17 Jalan Bintulu-Miri telah musnah dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 5.16 petang Jumaat lalu.
Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan 2 Zulkifli Narawi dengan tujuh pegawai lain menggunakan sebuah jentera pemadam bergegas ke lokasi kejadian sejurus dimaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu berhubung insiden berkenaan.
Pegawai Bomba Zon Bintulu Hamdani Madon dan Ketua Balai Bomba Bintulu Di-Hatta Gobel bersama lima anggota polis dan tiga pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) antara yang turut berada di lokasi kejadian.
“Sejurus sampai, bomba mendapati kedua-dua rumah itu yang bersebelahan antara satu sama lain sedang terbakar.
Ketika itu api sedang marak dan memusnahkan hampir 100 peratus struktur bangunan terbabit,’’ ujarnya.
Jelasnya, pihaknya memulakan kerja mengawal serta memadam kebakaran dan pada sama menjaga rumah berdekatan bagi mengelak api merebak ke rumah lain.
Beliau berkata, bomba mengambil masa kira-kira satu jam bagi memadam serta mengawal kebakaran.
Bomba mengalami sedikit kesukaran memadam kebakaran memandangkan kawasan kediaman terbabit tidak mempunyai pili bomba dan tiada sumber air terbuka.
“Bomba dalam pada itu bertindak mengawal kebakaran dengan menggunakan teknik ‘fire brake’ dan ‘cooling’ bagi mengelakkan api terus marak serta merebak ke rumah berdekatan,” tambah beliau.
Beliau menambah bahawa punca kebakaran serta anggaran masih lagi dalam siasatan pihak bomba, polis serta pihak berwajip yang lain.
Mujurlah katanya, insiden ini tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa kerana penghuni kedua-dua rumah berkenaan sempat lari menyelamatkan diri.
Kesemua mangsa telah tinggal sementara di rumah saudara mereka yang tinggal di kawasan sama sementara menunggu bantuan selanjutnya.
Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1UkvmwE
Post a Comment