Hi! Welcome Back and Stay Tune! RM4.6 juta laksana Skim Pembesaran Kampung Penasu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RM4.6 juta laksana Skim Pembesaran Kampung Penasu

TA03064

TAHNIAH: Shafiee (dua kiri) menyerahkan surat pemilikan lot kediaman kepada salah seorang penduduk Kampung Penasu. Sementara Mohamed (kiri) dan yang lain melihat sama.

TAHNIAH: Shafiee (dua kiri) menyerahkan surat pemilikan lot kediaman kepada salah seorang penduduk Kampung Penasu. Sementara Mohamed (kiri) dan yang lain melihat sama.

DARO: Peruntukan sebanyak RM4.6 juta di bawah Skim Pembesaran Kampung Penasu membuktikan kerajaan negeri memberi perhatian khusus terhadap masalah hakisan tanah dihadapi penduduk di kampung berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Shafiee Ahmad berkata di bawah skim tersebut, sebanyak 210 lot telah diluluskan yang melibatkan tanah seluas 40.6 ekar dengan fasa satu bermula pada akhir 2011 termasuk fasa dua yang siap sepenuhnya tahun ini.

“Tujuan utama kerajaan meluluskan peruntukan ini untuk memindahkan penduduk kampung terjejas ekoran masalah hakisan tanah, sesuai dengan keutamaan masa kini.

“Proses pemindahan sudah bermula pada 2011, tetapi secara berperingkat dan jumlah yang telah kita pindahkan di kawasan lot baharu untuk fasa satu adalah sebanyak 28 rumah, manakala fasa dua semua lot sudah tersedia.

“Selain itu, mereka yang terjejas diberi bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakay (JKM) dalam bentuk bahan binaan berjumlah RM2,000 dan wang tunai RM500,” katanya kepada Utusan Borneo.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan di tapak Skim Pembesaran Kampung Penasu di Kampung Penasu, Daro di sini, kelmarin.

Shafiee yang juga berasal dari Kampung Penasu berkata, jumlah lot tersebut adalah lebih daripada mencukupi iaitu tiga kali ganda daripada jumlah rumah penduduk di Kampung Penasu pada masa kini.

Semasa lawatan itu, beliau turut bersama-sama menetapkan lokasi lot kepada sembilan permohonan yang telah dilulus dan diserahkan secara rasmi pada hari yang sama.

Turut mengiringi beliau adalah Pegawai Daerah Daro Abang Mohamed Abang Turkey, pegawai-pegawai daripada Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Mukah, Jabatan Ukur Mukah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan lain-lain.

Beliau memberitahu, keutamaan Skim Pembesaran Kampung Penasu terbahagi kepada tiga peringkat iaitu keutamaan diberikan kepada penduduk terjejas, kemudian diberikan kepada mereka yang ingin mendirikan rumah tetapi tidak memiliki lot seterusnya kepada pemindahan secara biasa.

“Setakat ini sebanyak 44 permohonan penduduk Kampung Penasu telah diluluskan oleh kerajaan manakala 140 permohonan masih dalam pertimbangan,” katanya.

Program lawatan itu diteruskan dengan sesi dialog bersama penduduk Kampung Penasu selepas berehat untuk solat Jumaat di Masjid Kampung Penasu.

Dalam ucapannya, beliau telah mengumumkan kelulusan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM100,000 untuk projek pembinaan dermaga baharu Kampung Penasu yang telah musnah akibat hakisan tanah di tebingan sungai Hulu Serdeng.

“Projek ini akan dijalankan dalam masa terdekat dan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Manakala peruntukan membina jalan rumah penduduk belum mempunyai jalan menghubungi ke jalan besar sebanyak RM50,000 juga diluluskan,” katanya.






Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1UkuIzu

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.